Imam perlu prihatin dengan keadaan makmum

12 01 2010

artikel menarik
sumber: http://omaryaakob.blogspot.com

Petang tadi dalam perjalanan pulang ke rumah aku solat asar di sebuah masjid yang jarang aku singgahi. Aku agak terlewat dan masuk ke masjid, Imam baru memberikan salam.

Seperti biasa, kami dan beberapa jemaah lain yang lewat membuat jemaah baru, diimamkan oleh seorang anak muda. Anda mungkin pernah merasainya, tetapi bersolat dalam keadaan imam sedang berwirid memang menyeksakan. Apa lagi dengan mikrofon yang tergantung di dadanya, Imam berwirid seolah-olah hanya dunia ini dia yang punya.

Peliknya, itulah amalan biasa masyarakat kita. Wirid secara jahar, deras, nyaring tanpa menghiraukan jemaah lain yang mungkin sedang solat. Anehnya, menjaharkan wirid ini berlaku walaupun pada solat Asar dan Zuhr walaupun bacaan di dalam solat-solat ini sepatutnya dibaca secara sirr, perlahan. Apabila solat Imam membaca senyap, tetapi apabila sudah solat lantas berzikir secara lantang.

Jangan tersilap; saya tidak mempertikaikan tentang Imam bersama makmum melakukan zikir dan wirid selepas solat, walaupun ada orang yang mempersoalkannya. Itu bukan isunya di sini.

Yang saya timbulkan ialah kenapa Imam-imam tidak dilatih supaya sensitif dengan persekitaran dan bertindak sewajarnya. Kenapa Imam-imam tidak didedahkan dengan fiqh awlawiyat, yakni memahami keutamaan sesuatu amalan dan mengutamakan yang awla, yang lebih tinggi darjatnya berbanding yang kurang utama.

Nabi (saw) mengajar Imam supaya sensitif dengan apa yang berlaku di kalangan jemaahnya. Imam perlu prihatin dengan makmum yang mungkin berkeperluan, dengan apa jua keperluan tersebut. Kita semua tahu mengenai kebiasaan Rasulullah memendekkan solat apabila mendengar tangisan anak.

Kita juga pernah mendengar tentang arahan Nabi kepada Muaz agar tidak terlalu memanjangkan bacaan surah. Imam digalakkan untuk memanjangkan ruku’ jika mendengar ada makmum yang baru tiba, agar beliau tidak tertinggal rakaat. Imam boleh membaca panjang sedikit semasa rakaat pertama jika itu boleh mengurangkan jemaah yang masbuk. Ini adalah di antara beberapa panduan yang sangat praktikal yang patut diajarkan kepada Imam-imam masjid dan surau.

Imam dan makmum juga perlu tahu awlawiyat, keutamaan amal. Wirid dan zikir selepas solat bukan fardhu, tidak diwajibkan. Imam dan makmum boleh meninggalkannya atau memendekkannya jika ada keperluan. Apa lagi apabila ia bertembung dengan perkara yang dilarang, yakni mengganggu jemaah yang sedang solat fardhu. Imam perlu difahamkan bahawa meneruskan berzikir dan wirid dengan nyaring menyebabkan jemaah yang sedang solat sukar memperolehi khusyu’ di dalam solat mereka. Maknanya zikir yang sepatutnya mendatangkan pahala mungkin mengundang dosa.

Alangkah baiknya jika Imam sentiasa prihatin memerhatikan keadaan sekeliling bertindak mengikut apa yang dilihatnya. Mungkin di antara hikmah disunatkan Imam berpaling ke kanan atau menghadap makmum selepas salam ialah bagi membolehkan Imam memerhati keadaan makmum dan bertindak sewajarnya.

http://omaryaakob.blogspot.com/2009/12/imam-perlu-prihatin-dengan-keadaan.html





Muharram, Puasa Tasu’a & Asyura

24 12 2009

Risalah Muharram oleh Ustaz Muhammad Abdul Kader Sahak

http://bin-sahak.blogspot.com/2009/12/risalah-bulan-muharram.html

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda, mMaksudnya: “Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam.”

Di dalam hadith di atas, Nabi saw menyebut bulan Muharram sebagai bulan Allah bagi menandakan kemuliaan dan kelebihannya. Ini kerana Allah dan Rasul tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan sebagai tanda kelebihan dan kemuliannya berbanding yang lain sebagaimana dinamakan Baitullah yang merujuk kepada Kaabah.

Kata Ibn ‘Abbas r.a., maksudnya: “Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Lalu Baginda bersabda: “Hari apakah ini (di sisi kamu)?” Orang-orang Yahudi menjawab : “Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan Musa dan Bani Israil pada hari ini daripada musuh mereka (Fir’aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini (‘Asyura).” Sabda Nabi s.a.w : “Aku lebih berhak terhadap Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi).” Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut (‘Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya.” (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim)

Ibn ‘Abbas r.a. pula berkata, maksudnya: “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya.”Para Sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan.” Seterusnya Ibn ‘Abbas bercerita: “Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t .).” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

Baca risalah penuh di http://bin-sahak.blogspot.com





Puasa Hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah)

25 11 2009

 

sumber:  http://kdi2.wordpress.com/2006/06/01/puasa-arafah/

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]

Allahu a’lam bisshawab..

——————————————————

[1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

[2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.





Peluang ‘Last Minute’ & Lailatul Qadar

13 09 2009

Petikan dari artikel Ustaz Zaharuddin (UZAR) di http:www.zaharuddin.net

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki  (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan ‘Air Crash’ terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar ‘bodoh’ oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu ‘shopping’ dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah “beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan)  ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta’ membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami’ Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Baca keseluruhannya di sini  : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=604&Itemid=72





Azan: Fenomena Agung Di Muka Bumi

18 08 2009

Kalimat yang membesarkan Allah – beterusan tanpa henti di seluruh muka bumi. Bermula Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak sepanjang putaran bumi sahut-menyahut. Subhanallah, Allah yang Maha Besar, Maha Agung lagi Maha Tinggi.





Tuduhan: Riba & Jual Beli Adalah Sama

5 08 2009

Oleh Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net)

Sejak zaman baginda Nabi s.a.w lagi, golongan kafir Quraisy dan munafiq mempertikaikan perbezaan di antara riba dan jual beli. Oleh yang demikian, tidak hairan terdapat individu di zaman moden, yang turut berfikiran seperti golongan Jahiliyah ini. Pertikaian mereka direkodkan oleh Allah swt sebagaimana berikut :-

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا

Maksudnya : ..disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,

(Al-Baqarah : 275)

Menelurusi penulisan dan keterangan para ulama, pertikaian ini timbul disebabkan hal berikut:-

1. Jika sekiranya riba itu haram, maka tentulah jual beli juga menjadi haram, ini kerana jual beli juga turut menghasilkan sesuatu yang lebih, iaitu modal berbanding dan margin keuntungan. Manakala bagi riba, pokok pinjaman dan kadar bunganya. [1]
2. Jika sekiranya jual beli itu halal, pastilah riba juga wajar menjadi halal, bahkan riba itu lebih jelas berbanding jual beli, sehinggakan jualbeli disamakan dengan riba dan bukan sebaliknya. At-Tabari mengatakan inilah tahap buruk dan melampaunya puak kafir, sebenarnya mereka sengaja menjadikan riba sebagai rujukan perbandingan dan bukan yang dibandingkan.[2]
3. Riba dikatakan menyamai jual beli secara muajjal (bayaran tangguh), iaitu apabila dijual satu barang dengan harga tunai sebanyak RM100, manakala RM150 jika bayaran bertangguh.[3] Malangnya, pertikaian ini juga diterima oleh beberapa pemikir Islam semasa sehingga menghalalkan pertambahan bagi kedua-dua pinjaman kewangan dan juga jual beli. Hasilnya, faedah bank bagi simpanan wang di bank-bank konvensional dianggap halal.[4] Mereka menjadikan keharusan kenaikan harga pada kontrak jual beli bertangguh sebagai hujjah dan asas keharusan.

Melihat beberapa jawapan ulama silam, kita akan dapati bahawa Al-Qaffal As-Syafie telah berjaya menerangkan perbezaan antara jual beli dan riba dengan baik, beliau berkata [5] :-

BACA SETERUSNYA DI ZAHARUDDIN.NET





Realiti Hidup: Di Celah-Celah Kehidupan – Demi Anak

6 05 2009

Kisah realiti kehidupan ditulis oleh Sdr Monier Mat Din, Aktivis & Setiausaha NGOWargakilang.com. Kali ini satu lagi kisah tentang kemiskinan..

“Saya bukan nak minta duit bang, cuma….(dlm nada tersekat-sekat)..cuma… kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!” (sambil dok tunjuk kat anak dia – pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).

rashidi_anakSdra Shukri yg merupakan salah seorang AJK NGO Wargakilang, yg mana beliau sendiri merupakan antara yang paling aktif dlm kerja-kerja kemasyarakatan bersama NGO ini, terus jadi terkedu.

Dah beratus kali dah rasanya dia masuk kampong memberi bantuan kpd fakir miskin bersama-sama dengan rakan-rakannya drpd berbagai jenis kilang di belah utara ini, belum pernah lagi dia berjumpa dengan org-org susah yang sampai ke tahap terpaksa tahan orang di pintu masuk bank semata-mata nak minta orang tu tolong pi beli SUSU kat anak dia. Ini dah kira kes kronik ni.

Kata Shukri: “Aku sedih sungguh, aku jadi terkejut, jadi tergamam tak tau nak buat apa”

Shukri suruh hamba Allah itu, namanya Roshidi tunggu sat bagi dia settle masuk duit kat bank dulu. Habis settle dengan urusan bank, Shukri terus bawa sdra Roshidi ini dan anak pompuan dia tu, pi kedai beli susu dan beberapa barangan keperluan rumah, terus hantar depa balik dengan keta 4X4 dia tu. Sdra Roshidi ni tak dak mutu tak keta, mai dengan BAS saja!

Seorang sahabat saya dlm keta tu, sdra Aznee dari kilang INTEL dah pun dengar kisah sadis ini drpd Shukri sendiri, jadi mlm tadi dia dah ready dah bawa mai beberapa tin Susu Dumex Dugro dan juga dua kampit beras 10 kg dan beberapa tin biskut serta makanan kering untuk keluarga sdra Roshidi ni. Saya kata, tat pa lah, nanti sampai rumah dia kat Bagan Ajam tu, saya tanya lah dia sendiri apa kisahnya.

Baca selanjutnya di sini : Di Celah-celah Kehidupan Kilang





THE COPENHAGEN POST : Closing the Gaps, A Qur’anic Way of Civilizing Man

4 04 2009

Islam produced one of the greatest civilizations the world has ever known. Islam produced advances in sciences, mathematics, literature, medicine, architecture, religion as well as many other fields of discipline. Islamic cities such as Baghdad were the premier centers of learning and folks flocked there from all over the world to study. When Europeans first saw Granada and other Moslem cities, they were stunned by the sophistication and beauty. It was Islam’s preservation of the great Greco/Roman texts of antiquity, as well as their own advances that allowed Europe to crawl out from the depression it was in. The West owes much to the great civilization of Islam. There is no exaggeration and there is no doubt about this fact; people of knowledge and justice from the Western world do recognize this and more.

Read more about this article here: Copenhagen Post artikel 47

cp-artikel-01








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.