Koleksi sebahagian gambar program ceramah Ustaz Zamri di MRSM Kepala Batas dan Surau Al-Muttaqin pada 20 Jun 2009 yang lalu
Koleksi sebahagian gambar program ceramah Ustaz Zamri di MRSM Kepala Batas dan Surau Al-Muttaqin pada 20 Jun 2009 yang lalu
Sebahagian dari koleksi gambar Program Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com) semasa siri ceramah beliau di Kepala Batas, Pulau Pinang. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Ust Hasrizal kerana sudi menerima undangan kami, kepada peserta & hadirin yang turut sama dalam program tersebut dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan siri ceramah ini. Jazakumullahu khairan kathira!
Assalamualaikum. Terima kasih kepada yang hadir dalam majlis ceramah perdana yang dianjurkan pada 9 April tempoh hari. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membuat persiapan untuk menjayakan program ini. Setinggi-tinggi perhargaan untuk RZ Klasik yang menaja makan malam untuk Tn. Hj. Ayub Abdul Rahman dan para pengiring. Moga Allah jua memberi balasan baik dan barokah ke atas antum sekalian. InsyaAllah, jika diberi kesempatan lagi dan dengan sokongan berteruskan oleh semua pihak, kita akan menganjurkan lagi program seumpamanya dalam masa terdekat.
RAKAMAN CERAMAH PERDANA
Tajuk : Perjalanan Menuju Cahaya
Penceramah: Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi Roman Katholik)
Tarikh: 9 April 2009 (Selepas Solat Maghrib)
Tempat: Surau Al-Muttaqin, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang
Sekitar aktiviti ‘Morning Walk’ anjuran Biro Kejiranan, Kebajikan & Riadah yang diketuai oleh Pak Hamid pada pagi 5 April tempoh hari. Terima kasih kepada yang turut sama menyertai aktiviti ini. Kepada tuan-tuan yang tidak berkesempatan turut serta pada hari berkenaan bolehlah turut sama pada aktiviti ‘Morning Walk’ pada minggu-miggu yang mendatang. Aktiviti ini adalah aktiviti berterusan pada setiap pagi ahad minggu pertama & ketiga setiap bulan. Aktiviti ‘Morning Walk’ seterusnya akan diadakan pada pagi Ahad 19 April 09, inshaAllah.
Nota: Aktiviti ini akan dibatalkan sekiranya hujan pada pagi hari tersebut. Harap maklum
Assalamualaikum Wa Rahmahmatullah, Pihak AJK Surau Al-Muttaqin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada semua yang meluangkan masa hadir dalam program gotong-royong surau kita pada 29 Mac 2009 tempoh hari.