Salam Aidil Adha 1432

2 11 2011





Jadual Majlis Ilmu Disember 2010

1 12 2010





Ceramah Perdana Dr MAZA Sabtu, 15 Mei

7 05 2010

UNTUK POSTER CERAMAH: CLICK DI SINI





Ceramah Maulid Nabi di Surau Al-Falah

18 02 2010





Ceramah Hj Ayub 3 Feb, Selepas Maghrib

1 02 2010

Program ini adalah lanjutan daripada Ceramah Tuan Haji Ayub yang pertama di Surau Al-Muttaqin iaitu pada bulan Mac 2009 yang lalu. Semua dijemput sekali lagi hadir untuk bersama-sama mengikuti perkongsian beliau agar kita dapat memperbaiki ilmu mengenai aqidah kita & agar tidak terjebak dengan dakyah-dakyah anasir luar terutamanya golongan remaja kita. Moga bemanfaat.

Biodata Ringkas Tuan Haji Ayub Abdul Rahman

Tuan Haji Ayub merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang. Latar belakang keluarganya adalah penganut Roman Katholik. Mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang & kemudiannya di St. Joseph, Ipoh. Pernah belajar di Germany, Switzerland dan England. Pernah berkhidmat di St Augustin Monastry di Casa Domitila di Rome, Itali. Bekas Paderi Kristian Katholik ini pernah mencapai status International Forgiver of Sins. Beliau kembali kepangkuan Islam pada tahun 1978. Aktif melakukan dakwah di bawah Rabithah Al Alam Al Islami (Arab Saudi) dan HIKMAH Sarawak. Pernah menyertai dengan sepenuhnya program perbandingan agama intensif di Mumbai, India bersama Dr. Zakir Naik. Beliau bergiat aktif dalam bidang dakwah di seluruh tanahair & kini beliau adalah pengerusi Pertubuhan Tunas Islam Sarawak.





Ceramah Isra’ Mi’raj di Surau Al-Falah

24 07 2009

wbanner ustabdullahkhairi





Forum : Politik – Agenda Perubahan

11 06 2009

forumperdana1

Forum Perdana: “Politik – Agenda Perubahan”. Dr Mohd Asri (Mantan Mufti Perlis), Ustaz Mohd Afandi Yusoff (Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO) & Ustaz Azman Shapawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat). Ahad 14 Jun 2009, Jam 9.00 malam di Institut Al-Qayyim., Mengkuang Pulau Pinang. InshaAllah.  (Sumber http://www.al-qayyim.net / http:://www.drmaza.com)

Klik untuk peta lokasi Institut Al-Qayyim :  wikimapia





Reminder: Siri Ceramah Ust Hasrizal

20 05 2009

banner ilp saifulislam small

Assalamualaikum! Kepada yang telah mendaftar untuk program “Sepetang Bersama Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com)” jangan lupa temujanji kita di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas Pulau Pinang pada hari Sabtu ini 23 Mei 2009, InshaAllah. Program akan bermula sejurus selepas Solat Zohor, sekitar 2.00 petang. Dinasihatkan para peserta datang awal, bersolat zohor di Surau ILP dan seterusnya mengikuti Program kita di Dewan Kuliah Utama, ILP Kepala Batas.

bertam-ust-hasrizalPelan Lokasi Siri Ceramah Ust. Hasrizal 23-24 Mei 2009

Juga peringatan dua ceramah terbuka Ustaz Hasrizal di sebelah malam dan keesokan subuhnya, masing-masing di Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam dan Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah Kepala Batas. Semua dijemput hadir. Moga-moga dirahmati Allah.

surau saifulislam banner small





Kuliah Tafsir LIVE Bersama Dr Danial

10 05 2009

Assalamualaikum,

Saksikan SIARAN LANGSUNG Kuliah Tafsir Dr Danial Zainal Abidin bertempat di Surau Kompleks Belia dan Sukan, Sungai Nibong, Pulau Pinang jam 3m – 5pm, setiap Ahad. Kemudahan ‘STREAMING’ disediakan di sini:

http://www.mymasjid.net.my/live/

http://www.mindasuper.com/live





Ustaz Hussain Yee : Kuliah 2 Mei 2009

29 04 2009

Kuliah Subuh oleh Ustaz Hussain Yee

2 Mei 2009

Masjid Kg Tok Bedu, Tasek Gelugor


dan seterusnya di Institut Al-Qayyim

jam 9.30 pagi

Klik Untuk Peta ke Institut Al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.