Tazkirah Jumaat: Doa Kepada Saudara Muslim

17 12 2010

Mari kita banyakkan doa untuk saudara Muslim kita, jiran Muslim kita, sahabat Muslim kita. Mudah-mudahan dengan keihklasan kita, insyaAllah kita juga akan mendapat manfaat daripadanya.





Antara Sunnah Berbuka Puasa

20 08 2010

Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

(al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

source: http://drmaza.com/home/?p=391





Perutusan Maal Hijrah Pengerusi

18 12 2009

Assalamualaikum

Hari Jumaat ini bersamaan 18hb Disember 2009 merupakan tarikh istimewa yang dinantikan oleh orang mukmin iaitu kedatangan awal muharam, hari pertama tahun baru dalam Islam 1 Muharram, 1431 Hijrah.

Bilamana tarikh ini disebut kita tidak dapat lari dari mengingatkan peristiwa hijrah rasul s.a.w. kerana dari tarikh itulah diambil sempena tahun hijrah oleh para sahabat setelah kewafatan baginda sebagai tarikh permulaan kalendar Islam. Rasullullah berhijrah dari kota mekah ke madinah setelah 13tahun berdakwah dikota mekah dengan pahit jerih berhadapan dengan tekanan dan tipu muslihat kaum kafir quraish yang menyiksa, memboikot dan membunuh para sahabat baginda. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa mesej hijrah telah bermula sejak baginda dilantik menjadi rasul oleh Allah s.w.t. Kalimah agung yang mengajak manusia berhijrah termaktub di dalam kalimah La ila ha i’l lallah.. yang membawa maksud tiada ketuhanan, tiada ketundukan, tiada penyembahan, tiada kehidupan ini melainkan kepada Allah s.w.t. Kalimah yang ringkas tetapi penuh bermakna.

Malangnya ramai antara kita yang tidak memahami intipati kalimah ini. Sejarah membuktikan bahawa kaum kafir quraish adalah kelompok manusia pertama yang memahami kalimah ini dengan sebenar-benarnya lantaran al-quran yang diturunkan dalam bahasa ibunda mereka, lantas mereka terpecah kepada dua golongan. Golongan pertama adalah golongan yang faham intipati kalimah ini dan memeluk agama Islam dan berjuang bersama-sama dengan nabi s.a.w. Golongan kedua juga faham tetapi mereka menentang sekeras-kerasnya hatta kepada merancang pembunuhan baginda s.a.w.

Adalah sesuatu yang menarik dikaji kenapa golongan kedua ini yang terdiri daripada Abu Jahal, Abu Lahab dan kelompok mereka begitu memusuhi nabi s.a.w. sedangkan sebelum ini manusia yang bernama Muhammad ini telah digelar oleh mereka sebagai al-amin yakni seseorang yang sangat dipercayai. Tetapi bilamana mereka mengetahui bahawa Muhammad s.a.w membawa mesej La ila ha i’l lallah, golongan yang samalah yang mengishtiharkan perang dan permusuhan yang nyata kepada Nabi s.a.w dan keluarga baginda.

Dr. Abdul Majid Aziz Az-Zindani membahaskan kalimah ini sebagai bermaksud seperti apa yang dinyatakan di atas. Ini bermaksud mesej hijrah ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak selaras dengan tuntutan Allah dan mengikut apa yang dituntut oleh Allah. Dalam erti kata lain meninggalkan apa yang ditegah dan melakukan apa yang disuruh. Kaum kafir quraish tidak dapat menerima hakikat ini kerana ini bermaksud mereka mungkin akan kehilangan pengaruh, kehilangan kekayaan dan yang lebih penting tidak dapat meneruskan cara hidup mereka ketika itu. Mereka sembah berhala, meminum arak, mereka membunuh anak2 perempuan mereka lantaran malu, mereka mengamalkan perhambaan ke atas manusia dan sebagainya. Mana mungkin mereka melepaskan segala keseronokan ini lantaran mengikut ajaran seorang manusia bernama Muhammad.

Ini bermakna hijrah boleh dilihat berlaku dalam dua fasa. Fasa pertama selama 13tahun di Mekah dan fasa kedua di Madinah yang memakan masa 10tahun. Ramai orang Islam gagal melihat bahawa fasa hijrah yang pertama adalah merupakan hijrah yang penting yang berlaku dari set minda yang digariskan oleh Allah s.w.t dan dilaksanakan oleh pesuruhnya Nabi s.a.w. Dalam fasa inilah ditanam kefahaman tentang aqidah dan keimanan kepada Allah yang Esa dan bahawasanya segala pemikiran dan tindakan yang lahir selepas itu mestilah merujuk kepada ketundukan terhadap kekuasaan dan keagungan Allah semata-mata.

Sehubungan dengan hijrah ini, telah lahir satu hadis dari baginda s.a.w. yang mahsyur iaitu yang dinukilkan dalam Hadith 1, himpunan Hadith 40 Iman An-Nawawi, yang diriwayatkan oleh Saidina Umar Al-Khattab iaitu aku pernah mendengar daripada Rasulullah s.a.w: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang yang dia diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang mahu dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadith yang mahsyur ini mengingatkan kita bahwa hijrah dalam makna yang sebenar tidak berlaku jika minda kita tidak menuju kepada Allah dan Rasul.

Dalam konteks yang luas, kita lihat manusia telah mengakui ingin berubah menjadi baik, tetapi hakikatnya mereka masih ditakok lama. Zaman telah moden dengan segala kecanggihan teknologi, tetapi jiwa manusia masih kosong. Ini kerana ‘penghijrahan’ dalam bentuk kemodenan adalah penghijrahan  kosong kerana tidak datang bersama set minda yang betul iaitu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

Sebab itulah kita sedang menyaksikan segala kepincangan yang ada dalam masyarakat dewasa ini. Dari konteks global di peringkat antarabangsa hinggalah kepada masyarakat setempat diceruk rantau serta kampung. Bila jiwa kosong lantaran gagal memahami mesej besar kalimah La ila ha i’l lallah, kita lihat masyarakat berantakan. Manusia menjadi hamba harta. Mereka sanggup menindas orang lain demi membolot harta secara haram. Rasuah berleluasa. Manusia menjadi hamba nafsu. Masalah sosial remaja, orang dewasa bermula dari peringkat bawah hinggalah kepada kepimpinan masyarakat. Begitu juga pencemaran alam sekitar yang dilakukan diperingkat global hinggalah kepada kilang2 syarikat antarabangsa di sekeliling kita. Toksid2 dan gas serta asap beracun dilepaskan untuk dihidu dan dihirup oleh anggota masyarakat setempat oleh kilang2 yang wujud diatas nama meyediakan peluang pekerjaan untuk mencapai kemajuan.

Media masa yang saban ketika menyiarkan siaran yang tidak membina kecerdikan masyarakat sebaliknya berlandas hiburan yang membawa masyarakat kelembah yang kehinaan. Idola-idola baru dari selebriti hiburan dan sukan diwujudkan seolah-seolah tuhan tuhan baru yang disembah semasa zaman jahilah dahulu.

Tambahan lagi tahun baru hijrah kali ini jatuh berdekatan dengan kedatangan tahun baru masehi 2010. Data kajian dari suatu NGO menunjukkan kadar kelahiran bayi luar nikah bertambah mendadak selepas 9 bulan berlakunya sesuatu sambutan di negara kita ini termasuk tahun baru masihi.

Diperingkat global menunjukkan bahwa negara yang digelar sebagai negara termaju di dunia iaitu Amerika Syarikat merupakan negara yang paling tinggi merosakan alam sekitar. Dengan penduduk hanya 400juta mereka menyumbang kepada 37% penghasilan gas yang menyebabkan pemanasan global. Bandingkan ini dengan negara China yang menyumbang 20% kepada pemanasan global, tetapi rakyat mereka 3 kali ganda rakyat Amerika iaitu 1.3 billion. Akibat pemanasan global, ais dikutb utara dan selatan mencair, lantas 18 pulau sudah tenggelam, 2,000 pulau sedang terancam.!!

Apapun hakikat semasa, umat Islam mempunyai tugas yang berat lantaran kita beriman kepada satu agama dari Allah yang membawa mesej rahmatan lil alamin. Senario yang berlaku menunjukkan bahwa kita tidak boleh mengharap kepada golongan bukan Islam kerana mereka tiada kekuatan dalaman untuk membawa pembaikan kepada dunia. Ini kerana mereka mengejar tuhan2 palsu yang pasti membawa kehancuran.

Lantas, dengan semangat hijrah sempena tahun baru Islam ini marilah kita sama2 kita menghayatinya dan melaksanakannya dalam kehidupan kita. Tanyalah diri kita apakah kita telah melakukan hijrah secara total kepada Allah s.w.t berdasarkan kalimah La ila ha i’l lallah?.
Apakah kita masih termasuk daripada golongan yang mengucapkan ungkapan ini dan melaksanakan separuh hati atau tidak mahu melaksanakannya langsung?.
Apakah kita masih tergolong dari golongan yang faham kalimah ini tetapi masih meninggalkan solat.?
Apakah kita yang mencari nafkah kepada anak isteri tetapi dari hasil wang yang haram seperti riba dan judi.?
Apakah kita termasuk orang2 yang berniaga mencari rezeki halal tetapi tak sempat bersolat lima waktu sehari?

Tepuk dada tanyalah iman…

Saya mengambil kesempatan ini mendoakan moga2 kita sama2 dapat menghayati kalimah hijrah dalam erti kata yang sebenar seperti yang telah ditunjukkan oleh Nabi junjungan besar s.a.w.

Saya selaku pengerusi Surau Al-Muttaqin mewakili AJK yang dilantik memohon kemaafan jika terdapat kesilapan sepanjang pentadbiran kami. Apapun sepanjang tahun hijriah 1430 yang lepas kita telah mengadakan beberapa program berimpak besar seperti menjemput penceramah antara lain Tuan Haji Ayub (Bekas Paderi), Saiful Islam, Ustaz Zamri (Mari Mengaji TV9), Br Lim Jooi Soon sekadar menyebut beberapa nama. InsyaALlah sebagai program awal hijrah kita telah menjemput Dato Hassan Din Al-Hafiz dalam kuliah perdana menyambut maal hijrah 1431H. Moga2 tuan/puan dapat menyertai program ini.

Disamping ceramah perdana kita juga telah merancakan program pengisian dengan menjemput Uztaz Syazali Al-Yemeni untuk kuliah dwi-mingguan dan Uztaz Zharafi Abas untuk kuliah bulanan. Ustaz Syazali menghidangkan seerah nabawiyah manakala Uztaz Sharafi menghidangkan tafseer Al-Quran. Selain ceramah kita juga telah berjaya mengadakan beberapa program lain seperti gotong royong membersihkan surau kita serta sembelihan qurban. Apapun semua ini tidak akan berjaya jika tiada sokongan dari tuan/puan.

Apapun paling menggembirakan kami sebagai AJK adalah dengan projek membina tembok pagar surau serta pembinaan setor penyimpanan yang disumbangkan oleh Jabatan Agama Islam yang difahamkan berjumlah puluhan ribu ringgit. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berkenaan. Tidak lupa juga kepada Kelab Rukun Tetangga Seksyen 6 dan 5 yang bertungkus lumus sehingga jauh malam menyiapkan tambahan ruang legar balai lintang surau yang menyambung dengan tangga hadapan. Tidak lupa juga kepada penyumbang wang ringgit. Saya terharu dengan sumbangan tenaga, masa dan wang yang telah dicurahkan demi memastikan surau kita indah dari fizikalnya, moga2 indah juga dari pengisiannya, InsyaALlah.

Perlu disebutkan juga bahawa para penderma yang baik hati yang sentiasa menyumbang dalam keadaan senyap, tanpa diketahui dari mana datangnya. Mereka menyumbang kipas angin, sejadah, pembesar suara, membayar bil api dan air bulanan.

Tidak lupa juga rakan2 peniaga Islam disekitar taman bandar putra bertam yang sentiasa perihatin menaja beberapa projek seperti jamuan sepanjang bulan ramadhan. Kita mendoakan sumbangan ikhlas tuan/puan akan diberi ganjaran tak putus-putus oleh Allah s.w.t di akhirat nanti.

Sekian wassalamualaikum warah matullah hi wa barokaa tuh.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431!!

Dr. Md Roslan Hashim
Pengerusi Surau Al-Muttaqin





Ringan di Lisan, Berat di Timbangan

14 05 2009

حدثنا ‏ ‏محمد بن عبد الله بن نمير ‏ ‏وزهير بن حرب ‏ ‏وأبو كريب ‏ ‏ومحمد بن طريف البجلي ‏ ‏قالوا حدثنا ‏ ‏ابن فضيل ‏ ‏عن ‏ ‏عمارة بن القعقاع ‏ ‏عن ‏ ‏أبي زرعة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال: ‏‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كلمتان خفيفتان على اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلى الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu: سبحان الله وبحمده “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan سبحان الله العظيم Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung” (Sahih Bukhari, Muslim and Tirmidhi)

Abu Hurayra reported that the Prophet said: “There are two phrases that are light on the tongue but heavy on the scale of rewards and are dear to the Gracious One. These are: سبحان الله وبحمده, “Glorified is Allah with all praise to Him,” and سبحان الله العظيم , “Glorified is Allah, the Great.”






Tazkirah Jumaat : Ayat Al-Kursi

20 03 2009

ayatul-kursi

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang hidup kekal lagi  terus menerus mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa  yang ada di langit dan di bumi.  Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari  ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNYA.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan  Allah tak merasa berat memelihara keduanya.. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” Al-Baqarah 255

Petikan Tafsir Ayat Al-Kursi oleh Syeikh Muhammad bin Salih Al-’Uthaimin

Judul Asal (Bahasa Arab): TAFSIRU AYATIL KURSI
Judul Terjemahan: TAFSIR AYAT AL-KURSI
Terjemahan oleh: Siti Sujinah Sarnap & Al-Faqir Ibnu Hussin
ISBN: 983-170-503-3
Diterbit oleh: Perniagaan Jahabersa (http://www.jahabersa.com.my)

img_1665

Di antara surah terpenting dari Al-Quran yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah surah Al-Baqarah (surah ke2 dari Al-Quran). Di dalamnya terdapat sebuah ayat yang di dalamnya Allah menyatakan tentang Zatnya dan sifat-sifatNya. Ayat ini adalah ayatul-kursi, yang sangat istimewa:

1. Nabi menerangkannya sebagai ayat yang paling agung dalam Al-Quran.

Abu Zharr Jundub Ibn Junādah (r.a.) asked the Prophet (s.a.w), “What’s the greatest āyah that was revealed to you?” The Prophet replied, “Āyatul-Kursî – Allāh! La ilāha-illa Hu, the Ever Living, the One Who sustains & protects all that exists.” – an-Nasā`î – Tafsīr Ibn Kathīr, Abridged by Sh. Muhammad Nasib ar-Rifā’î

2. Di dalamnya disebutkan nama-nama Allah yang sangat mulia (ismullaahi al-’azam).

3. Ia melindungi orang yang membacanya dari gangguan syaitan.

‘Abdullāh Ibn Mas’ūd (r.a.) said, “Whoever recites 10 Āyāt from Sūrah Al-Baqarah in a night, then Shaitān won’t enter his house that night. (These 10 Āyāt are) 4 from the beginning, Āyah Al-Kursî, the following 2 Āyahs (256 & 257) & the last 3 Āyāt.” – ad-Dārimî – Tafsīr Ibn Kathīr – tgk jg akhir webpage Tafsīr utk az-Zumar, 53

“Whoever says this when he rises in the morning will be protected from Jinns until he retires in the evening & whoever says in when retiring in the evening will be protected from them until he rises in the morning.” – al-Hākim – Hisnul-Muslim, Dārussalām, Sept. 01

4. Muslim yang membacanya tiap kali selepas solat fardhu akan mendapat penjagaan dan perlindungan Allah sehingga solat yang berikutnya.

At-Tabarani meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda : Barangsiapa membaca ayatul Kursi selepas solat fardhu, maka dia dijaga dan dilindungi oleh Allah sehingga permulaan solat yang berikutnya” At-Targhib wat-Tarhib karya at-Tabarani

5. “Barangsiapa membacanya setiap kali selesai solat fardu, maka hanya kematianlah yang menghalangnya dari memasuki jannah”

Hadith ini diriwayatkan oleh At-Tabarani, Ibn As-Sunni, Ibn Hibban dan lain-lain. Ibn Hibban mengatakan sahih.

Syiehkul ibn Taimiyah berkata “Tidak ada sebuah ayat dalam Al-Quran yang menyertakan apa yang terkandung dalam ayatul-Kursi”






Saidul Istighfar

13 03 2009


Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah engkau mengatakan “Allaahumma anta Rabbi, laa ilaaha illa anta, khalaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘alaa ‘ahdika, wawa’dika mastatha’tu, a’udzubika min syarri ma shana’tu, abu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abu-u bidzambii faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudzdzunuuba illa anta” (artinya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah Menjadikan aku dan aku adalah hambaMu. Aku akan menunaikan janjiku terhadap Mu setakat yang aku upaya. Aku berlindung dari kejahatan amalan yang telah aku lakukan. Engkaulah yang mengusai nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan Engkau jugalah Tuhan yang mengampunkan dosaku. Maka ampunkanlah aku. Sesungguhnya tidak ada Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau). Beliau bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu siang dengan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum senja, maka dia termasuk penghuni surga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dengan meyakininya, lalu dia mati sebelum subuh, maka dia termasuk penghuni surga”. (HR Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan lainnya dari Syaddad bin Aus)








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.