Assalamualaikum, pengunjung yang dihormati. Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam sangat mengalu-alukan sumbangan daripada anda semua. Ini kerana perbelanjaan bulanan untuk penyelenggaraan surau (bil-bil dan alatan) serta membayar tenaga pengajar dan sebagainya memerlukan satu jumlah kewangan. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun juga memerlukan dana. Dari itu kami merayu derma ikhlas tuan-tuan dan puan-puan untuk mengisi tabung surau kita supaya surau kita berfungsi dengan baik dan apa yang telah kita rancang berjalan lancar. Segala sumbangan tuan-puan kami ucapkan jutaan terima kasih & kami berdoa kepada Allah Jalla wa A’la agar Allah menambah rezki tuan-puan sekalian serta sentiasa mendapat rahmat-NYA.
Sumbangan Boleh disalurkan ke:
No Akaun Bank Islam Malaysia Berhad
07043011018372
Surau Al-Mutaqqin
Bandar putra bertam
Firman Allah dalan surah Al-Baqarah ayat 245 yang maksudnya:
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
![]()



