
Assalamualaikum. Biro Kejiranan, Kebajikan & Riadah yang diketuai oleh Pak Hamid menganjurkan acara ‘Morning Walk‘, iaitu acara berjalan kaki di sekitar kawasan taman kita & kawasan berdekatan. Aktiviti ini akan berlangsung pada setiap pagi Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
Ini memberi manfaat dari segi kesihatan sambil dapat mengukuhkan lagi silaturrahim antara kita jemaah Surau Al-Muttaqin. Pihak Surau Al-Muttaqin sangat mengalu-alukan pelibatan semua penduduk dalam aktiviti ini. Semua ahli qariyah dijemput turut sama.
Diharap anda yang berkesempatan dapat meluangkan masa untuk turut serta. Sesiapa yang berminat untuk turut sama diharap agar dapat berkumpul di hadapan Surau Al-Muttaqin pada jam 7.30 pagi. InshaAllah.
nota: program ini akan dibatalkan sekiranya hujan.




Salam! MorningWalk hujung minggu ini (7/6/2009) dibatalkan (cuti sekolah & pak hamid mengerjakan umrah). Harap Maklum. Wassalam.