Ceramah Khas : Tn Hj Ayub Abd Rahman

9 04 2009

banner_hj_ayub1


DENGAN SEGALA HORMATNYA ANDA SEMUA DIJEMPUT, MALAM INI, KHAMIS 9 APRIL 09, INSYA-ALLAH!


InshaAllah, Biro Dakwah & Pendidikan akan menganjurkan satu ceramah perdana yang akan menampilkan Tn. Haji Ayub Abdul Rahman. Berikut adalah latar belakang ringkas beliau.

Latar Belakang Ringkas Penceramah

Tuan Haji Ayub merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang. Latar belakang keluarganya adalah Roman Katholik. Pendidikan awal beliau di Penang & kemudiannya di St. Joseph, Ipoh. Pernah belajar di Germany, Switzerland dan England. Pernah berkhidmat di St Augustin Monastry di Casa Domitila di Rome, Itali. Bekas Paderi Kristian Katholik ini pernah mencapai status International Forgiver of Sins. Beliau kembali kepangkuan Islam pada tahun 1978. Aktif melakukan dakwah di bawah Rabithah Al Alam Al Islami (Arab Saudi) dan HIKMAH Sarawak. Pernah menyertai dengan sepenuhnya program perbandingan agama intensif di Mumbai, India bersama Dr. Abdul Karim Zakir Naik. Beliau bergiat aktif dalam bidang dakwah di seluruh tanahair & kini beliau adalah pengerusi Pertubuhan Tunas Islam Sarawak.

Artikel di Utusan Online tentang Hj Ayub : Ayub Abdul Rahman dulu paderi kini Daie

Semoga anda dapat meluangkan masa & hadir dalam majlis ini & memanfaatkan peluang ini untuk mendengar sendiri pengalaman penceramah, terutama dalam topik perbandingan agama Islam-Kristian & dakwah kepada non-muslim.

Flyer Ceramah Perdana A4 size: pdf format

Peta lokasi surau Al-Muttaqin


Actions

Information

One response

10 04 2009
putra bertam

Banyak pengajaran yang boleh dimanafaatkan untuk generasi Islam yang akan datang dalam ceramah malam tersebut. Walau bagaimana masa yang diperuntukan terlalu singkat dan diberhentikan dalam masa kemuncak penerangan, ini menyebabkan banyak persoalan yang tergantung dan apatah lagi peluang untuk menjemput beliau agak sukar memandangkan jadual beliau yang ketat. Saya berharap pada masa yang akan datang sekiranya ada ceramah perdana masa ditetapkan untuk membolehkan penceramah membuat kupasan sebelum penutup. Wasallam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: