Kata-Kata Aluan Pengerusi

16 04 2009

dr-roslanAssalamualaikum,

Segala puji Tuhan sekelian alam. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, sahabat-sahabat baginda dan ahli keluarga baginda.

Saya selaku pengerusi Surau amat bersyukur dengan wujudnya blog ini yang merupakan salah satu kaedah untuk berhubung dengan ahli qariah, penduduk setempat dan juga penduduk Malaysia serta seluruh dunia amnya tidak kira muslim atau non-muslim.

Alhamdulillah dengan terlantiknya barisan AJK yang baru bermesyuarat pada bulan Mac 2009 lepas, saya menyeru semua AJK untuk bergerak cergas memikul tanggungjawab merencanakan pelbagai program untuk mengimarahkan surau yang kita cintai dengan pelbagai program pengisian untuk penduduk Islam dan juga bukan Islam insyaAllah. Kerana hidup atau matinya sesebuah surau akan terletak pada program-program yang akan meningkatkan taqwa dan iman umat Islam dan merapatkan silaturrahim dikalangan ahli qariah. Tiada guna kita mempunyai surau yang indah tetapi sepi dari segi pengisian program yang bermanfaat. Meningkatnya bilangan ahli jemaah dalam solat wajib 5 waktu adalah antara beberapa kayu ukur yang penting yang menunjukkan keberkesanan kewujudan sesebuah surau.

Akhir kata saya menyeru semua ahli qariah untuk turut serta menjayakan program-program yang kita rancangkan sepanjang tahun 2009, insyaALlah.

Sekian wassalamualaikum warahmatullah

Dr. Md Roslan Hashim
Pengerusi Surau Al-Muttaqin


Actions

Information

One response

20 04 2009
Cikgu

Assalamualaikum…….
Tahniah atas wujudnya blog ini dan kepada Allah jua saya panjatkan kesyukuran kerana ada di kalangan kita yang sentiasa memikirkan jalan utk mempermudahkan urusan demi keredhaan Allah.
Saya ingin menyampaikan pandangan tentang fenomena yg kurang sihat di taman Putra Bertam. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan amat ketara. Beberapa kali saya menegur perbuatan sumbang mereka yang duduk berdua-duaan di taman permainan 5/12. Begitu juga di lorong2 lain dalam taman ini. saya dengan rasa rendah diri meminta ahli taman ini bukan sekadar mengajak umat Islam membuat makruf tetapi hendaklah dengan bersungguh mencegah kemungkaran.
Masyarakat taman kita yang ramai sebaiknya tidak hanya memandang dan berlalu pergi sekiranya nampak perbuatan anak muda yang kurang sopan. Teguran dengan penuh hikmah diharap dapat membawa kebaikan kepada semua. Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: