Realiti Hidup: Di Celah-Celah Kehidupan – Demi Anak

6 05 2009

Kisah realiti kehidupan ditulis oleh Sdr Monier Mat Din, Aktivis & Setiausaha NGOWargakilang.com. Kali ini satu lagi kisah tentang kemiskinan..

“Saya bukan nak minta duit bang, cuma….(dlm nada tersekat-sekat)..cuma… kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!” (sambil dok tunjuk kat anak dia – pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).

rashidi_anakSdra Shukri yg merupakan salah seorang AJK NGO Wargakilang, yg mana beliau sendiri merupakan antara yang paling aktif dlm kerja-kerja kemasyarakatan bersama NGO ini, terus jadi terkedu.

Dah beratus kali dah rasanya dia masuk kampong memberi bantuan kpd fakir miskin bersama-sama dengan rakan-rakannya drpd berbagai jenis kilang di belah utara ini, belum pernah lagi dia berjumpa dengan org-org susah yang sampai ke tahap terpaksa tahan orang di pintu masuk bank semata-mata nak minta orang tu tolong pi beli SUSU kat anak dia. Ini dah kira kes kronik ni.

Kata Shukri: “Aku sedih sungguh, aku jadi terkejut, jadi tergamam tak tau nak buat apa”

Shukri suruh hamba Allah itu, namanya Roshidi tunggu sat bagi dia settle masuk duit kat bank dulu. Habis settle dengan urusan bank, Shukri terus bawa sdra Roshidi ini dan anak pompuan dia tu, pi kedai beli susu dan beberapa barangan keperluan rumah, terus hantar depa balik dengan keta 4X4 dia tu. Sdra Roshidi ni tak dak mutu tak keta, mai dengan BAS saja!

Seorang sahabat saya dlm keta tu, sdra Aznee dari kilang INTEL dah pun dengar kisah sadis ini drpd Shukri sendiri, jadi mlm tadi dia dah ready dah bawa mai beberapa tin Susu Dumex Dugro dan juga dua kampit beras 10 kg dan beberapa tin biskut serta makanan kering untuk keluarga sdra Roshidi ni. Saya kata, tat pa lah, nanti sampai rumah dia kat Bagan Ajam tu, saya tanya lah dia sendiri apa kisahnya.

Baca selanjutnya di sini : Di Celah-celah Kehidupan Kilang


Actions

Information

2 responses

7 05 2009
almukmien

salam… selepas saya terbaca coretan ini, terus terlintas peristiwa yg mirip kisah pada catatan saudara. pd tahun lepas, saya disapa oleh seorang saudara yg berbasikal daripada Bagan Ajam semasa saya berada didalam kereta untuk menjemput isteri ditempat kerja di Seberang Jaya. saudara ini menyatakan kisah yg sama mengatakan bahawa dia kesempitan wang utk membeli susu dan makanan buat anak-anaknya. kebetulan pada waktu itu, rakan sekerja isteri yg telah tamat waktu kerjanya berada bersama-sama saya. beliau dan saya berbual seketika dan menyumbangkan wang yg tak seberapa. saya mengusulkan kpd rakan isteri utk melawat beliau… saya cuba merujuk kpd isteri saya berkenaan kes tersebut utk mengetahui kisah selanjutnya mengenai kehidupan saudara tersebut yg katanya menginap di sebuah FLAT di BAGAN AJAM.. adakah saudara ini saudara yg sama?

6 05 2009
Cikgu

Assalamualaikum
Sedih betul saya baca kisah sdra Roshidi ni. Pertama2nya semoga Allah memberi balasan yg setimpal buat saudara shukri yg begitu prihatin. Memang bagai dikata, semua orang kalau tak susah dan terdesak sangat takkan p jual maruah utk bantuan org lain. Namun demi anak dia sanggup. Ramai org buat benda tak elok cari duit. tapi sdra rashidi tetap berusaha dlm meneruskan hidup. Peringatan kepada kita semua…jangan la dok membazir. Baca artikel ni dan bagi tau anak2 jangan buang makanan sebab ada ramai lagi orang susah dapat makanan. Berkongsilah pemberian tuhan dengan apa cara sekali pun. Kalau bukan pada sdr roshidi .kepada orang lain senasib beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: