Rayuan Sumbangan Untuk Ramadhan

8 08 2009

Kepada Yang Berkenaan:

Tuan/Puan/Encik/Cik,

Assalamualaikum,

RAYUAN SUMBANGAN UNTUK PROGRAM SEMPENA RAMADHAN 1430H

Ramadhan 1430H bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Surau Al-Muttaqin sedang membuat persiapan dan persediaan bagi menyambut bulan Ramadhan tahun ini dengan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya (terawih/tazkirah/kuliah subuh/berbuka puasa/tadarus Al-Quran/qiyam dan sebagainya).

2. Seperti tahun-tahun yang lepas, pihak surau berusaha untuk mendapatkan dana bagi tujuan di atas (khas untuk perbelanjaan sepanjang Ramadhan memandangkan tabungan surau yang terhad). Jadi pihak surau amat memerlukan sumbangan ikhlas dari pelbagai pihak. Untuk menyumbang, boleh hubungi Tn. Haji Illias melalui talian 017-4769256. Sumbangan juga boleh dibuat melalui Akaun Bank Islam: 07043011018372 (atas nama Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam)

3. Selain itu juga pihak surau mengalu-alukan mana-mana pihak yang merancang untuk menaja majlis iftar (berbuka puasa) di surau ini. Sebarang persoalan boleh diajukan kepadaTn Haji Illias di talian di atas.

4. Pihak surau merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan ikhlas tuan/puan. Moga Allah memberi ganjaran pahala & melimpahkan keberkatan diatas usaha kita. Amin.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum.

Dr Md Roslan Hashim
Pengerusi, Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam.

“Barang siapa menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, nescaya dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun” (Hadith riwayat Ahmad dan An-Nasai serta dinyatakan sahih oleh Al-Albani)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: