Rayuan Derma Pembangunan Surau

21 12 2009

Kepada Yang Berkenaan:

Datuk/Tuan/Puan/Encik/Cik,

Assalamualaikum,

RAYUAN SUMBANGAN MEMASANG JUBIN UNTUK BALAI LINTANG

Surau Al-Muttaqin sedang dalam proses membina balai-lintang di ruang tangga hadapan surau. Pembinaan ini dijalankan secara gotong-royong oleh jemaah surau dengan kerjasama KRT Seksyen6 dan hampir siap. Kos projek ini dibiayi surau & sebahagiannya dari sumbangan jemaah. Namun, perancangan asal/kos tidak termasuk memasang jubin diruangan tersebut.

2. Terdapat cadangan supaya pihak surau terus menyiapkan projek ini dengan mamasang jubin di ruangan ini. Memandangan tabungan surau yang terhad, pihak surau ingin memohon sumbangan ikhlas mana-mana pihak bagi menampung dana yang ada untuk tujuan ini. Kos sekitar RM1500 diperlukan. Untuk makluman, luas ruangan ini kira-kira 500 kaki persegi (termasuk anak tangga).

3. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Bendahari Surau, En. Jamaludin Nayan di talian 016-4818592. Dan sumbangan boleh diserahkan terus kepada beliau atau mana-mana AJK Surau. Sumbangan juga boleh dibuat melalui Akaun Bank Islam: 07043011018372 (atas nama Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam).

4. Pihak surau merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan ikhlas tuan/puan. Semoga sumbangan & amal jariah yang tuan berikan diberkati & diganjari oleh Allah Ta’ala.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum.

Prof. Madya Dr Md Roslan Hashim
Pengerusi, Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam.


Actions

Information

One response

16 01 2010
Faisal

Assalamualaikum Prof.:
Peningkatan demi peninkatan yang dapat saya perhatikan pada suau kita,,,,syabas atas usaha prof.
Sebagai orang yang bertanggungjawab membuka dan menjadi penaja surau semasa usaha saya untukl membuka KRT, Surau ,,,diteruskan oleh Prof sekarang.

Mengenai Sumbanagan….Insyaaalh sekianya program Konvoi berjaya mendapat sasarannya,, bolehla kami hulurkan untuk penbangunan surau kita.Semua adalah tertakluk pada penyertaan .

Atas tugas , saya jarang sekali turut serta dalam aktiviti program surau, tetapi ini tidak bermakna saya lupakan tanggungjawab saya,

Insyaaalah, saya akakn turut sama dlm aktiviti yang akan datang, dan sekiranya diberi peluang, saya akan memikul tanggungjawab sebagai AJK nanti,,,insyaalah,.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: