Ceramah Hj Ayub 3 Feb, Selepas Maghrib

1 02 2010

Program ini adalah lanjutan daripada Ceramah Tuan Haji Ayub yang pertama di Surau Al-Muttaqin iaitu pada bulan Mac 2009 yang lalu. Semua dijemput sekali lagi hadir untuk bersama-sama mengikuti perkongsian beliau agar kita dapat memperbaiki ilmu mengenai aqidah kita & agar tidak terjebak dengan dakyah-dakyah anasir luar terutamanya golongan remaja kita. Moga bemanfaat.

Biodata Ringkas Tuan Haji Ayub Abdul Rahman

Tuan Haji Ayub merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang. Latar belakang keluarganya adalah penganut Roman Katholik. Mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang & kemudiannya di St. Joseph, Ipoh. Pernah belajar di Germany, Switzerland dan England. Pernah berkhidmat di St Augustin Monastry di Casa Domitila di Rome, Itali. Bekas Paderi Kristian Katholik ini pernah mencapai status International Forgiver of Sins. Beliau kembali kepangkuan Islam pada tahun 1978. Aktif melakukan dakwah di bawah Rabithah Al Alam Al Islami (Arab Saudi) dan HIKMAH Sarawak. Pernah menyertai dengan sepenuhnya program perbandingan agama intensif di Mumbai, India bersama Dr. Zakir Naik. Beliau bergiat aktif dalam bidang dakwah di seluruh tanahair & kini beliau adalah pengerusi Pertubuhan Tunas Islam Sarawak.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: