Terima Kasih Di Atas Sumbangan Anda

29 04 2010

Bagi pihak pengerusi surau & pengarah program serta jawatankuasa kerja sambutan hari komuniti & karnival astronomi al-muttaqin, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut. Penghargaan kepada YDP MAINPP yang sudi hadir merasmikan program ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua di atas apa juga bentuk sumbangan yang telah dihulurkan, samada kewangan, tenaga, barangan, buah fikiran, kepakaran dan sebagainya. Juga kepada badan-badan kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian dalam pameran. Para penjaja yang turut serta yang turut memeriahkan suasana. Penghargaan kepada KRT Seksyen6 yang menjadi rakan kongsi utama dalam menjayakan sambutan tersebut. Tidak lupa kepada AJK yang bertungkus lumus dalam membuat persediaan dan persiapan, juga pengurusan sebelum, semasa & selepas program berlangsung. Terima kasih juga kepada individu-individu yang dermawan. Seterusnya kepada semua penduduk & pengunjung yang hadir samada mengambil bahagian atau tidak, peserta-peserta pertandingan & para juri, jazakumullahu khair. Semoga program ini mendekatkan ukhuwah sesama kita dan mengeratkan ikatan masyarakat setempat terutamanya dengan institusi surau yang wujud di kawasan ini.

(gambar-gambar semasa program akan dikemaskini apabila proses upload selesai.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: