Iftar Perdana: Semua Penduduk Dijemput

18 08 2010

Kepada:  Penduduk Seksyen6 Bandar Putra Bertam
& Ahli Jemaah Surau Al-Muttaqin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pihak AJK surau sukacita ingin menjemput tuan-tuan & puan-puan sekeluarga turut serta di dalam program “Iftar Perdana” – program berbuka puasa di Surau Al-Muttaqin.  Berikut adalah perincian mengenai program tersebut:

SABTU, 21 OGOS 2010 & 4 SEPT 2010 (11  & 25 Ramadhan)
DI PERKARANGAN SURAU AL-MUTTAQIN, BANDAR PUTRA BERTAM

Pihak surau mengalu-alukan tuan-puan yang berkesempatan untuk membantu bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa bermula sekitar 10 atau 11 pagi pada kedua-dua hari tersebut. Harap maklum.

Nota: Selain itu terdapat juga program memasak bubur lambuk pada setiap hari Jumaat sepanjang Ramadhan. Penduduk yang berkelapangan boleh membantu Pak Hamid dalam proses memasak sebelum Solat Jumaat (sekitar 10/11pg). Penduduk boleh mengambil bubur lambuk selepas Solat Asar, InsyaAllah. (Kepada mana-mana pihak yang bermurah hati untuk menaja kos untuk program bubur lambuk ini juga dialu-alukan, sila berhubung dgn Bendahari, En. Jamaludin Nayan (atau mana-mana AJK) jika berminat, kos sekitar RM150 bg sekali masak).


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: