Ramadhan 1433: Bicara Pengerusi

20 07 2012

Assalamualaikum warah matullahi wabarokatuh,

Segala puji kita panjatkan kepada ALlah s.w.t kerana menghidupkan kita sehingga kini dan lebih penting kita sama-sama dapat hidup di dalam bulan Ramadhan 1433H yang penuh keberkatan. Bila menyebut Ramadhan kita tidak dapat lari dari membicarakan amalan mulia iaitu berpuasa.

Kita telah dimaklumkan dalam Al-Quran bahawa umat Muhammad bukanlah umat yang pertama berpuasa tetapi amalan puasa telah dilaksanakan oleh umat2 terdahulu melalui wahyu yang telah diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu. Maksud ayat Al-Baqarah 183: wahai orang2 berimana telah diwajibkan puasa keatas kamu seperti mana ianya diwajipkan keatas umat2 sebelum ini, moga-moga kamu mencapai ketakwaan (melalui amalan puasa ini). Bila berbicara tentang takwa kita sebenarnya berbicara tentang kualiti muslim. Inilah kualiti yang paling tinggi disisi Allah iaitulah orang yang paling bertakwa, sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud, ‘Orang-orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLah adalah orang yang paling bertakwa. Sebab itu puasa diwajibkan selama sebulan ke atas setiap muslim yang mukallaf untuk meningkatkan kualiti diri di sisi ALLah. Apa bukti bahawa taqwa adalah kualiti diri yang paling penting?. Nah telah terserlah sejak dari zaman dahulu lagi, jika taqwa berada dalam diri, golongan yang sedikit boleh menewaskan golongan yang sangat banyak.

Dalam surah Al-Maidah, Al-Quran menceritakan tentang pertembungan di antara tentera Thalut (kaum Bani Israel) yang sedikit menentang tentera Jalut yang banyak. Ini adalah ujian pertama terhadap tentera Thalut. Sebelum pertempuran berlaku tentera Thalut telah meredah padang pasir luas untuk menuju ke medan pertempuran. Ini adalah ujian yang kedua. Dalam perjalanan yang jauh dan panas mereka telah melintasi sebatang sungai yang jernih dan sejuk airnya. Sekali lagi mereka diuji dimana mereka tidak dibenarkan meminum air tersebut walau macammana dahaganya mereka kecuali secedok tangan sahaja!!. Ini cabaran ketiga. Maka pada cabaran ketiga ujian nafsu dahaga inilah ramai di antara tentera Thalut yang gagal..!

Ramai di antara mereka minum dengan begitu banyak sehingga digambarkan dalam Al-Quran seolah-olah mereka ‘makan’ air itu lantaran kehausan lantas mengingkari perintah pemimpin mereka iaitu Thalut. Akhirnya kesemua yang melanggar perintah tidak dapat meneruskan perjalanan ke medan pertempuran. Sebaliknya golongan yang sedikit yang taat kepada perintah pemimpin mereka dapat meneruskan perjalanan sehingga mereka bertempur dengan tentera Jalut yang ramai. Ada sejarawan mengatakan bilangan tentera Jalut seramai 70,000 sedangkan tentera Thalut hanya seramai 313 orang sahaja. Maka ketika peperangan hampir tercetus tentera Jalut begitu yakin melihat jumlah tentera Thalut yang sedikit.

Sebaliknya pula tentera Thalut yang memiliki taqwa yang tinggi dan mereka percaya bahawa mereka akan bertemu dengan Allah mengungkapkan ucapan yang rakamkan dalam Al-Quran yang bermaksud, berapa banyak kumpulan yang sedikit dapat mengatasi kumpulan yang banyak dengan izin ALlah.’ Maka Allah telah mengurniakan seorang pemuda dalam tentera Thalut yang bernama Daud yang memiliki kepintaran melempari batu. Maka dengan kekuatan yang kepakaran yang ada dia (Daud) melempari batu besar dengan sekuat hati dan mengenai kepala Jalut dan menyebabkan kepalanya pecah lalu mati. Dengan kematian Jalut seluruh tenteranya berundur dan tewas dalam pertempuran itu.

Banyak hikmah yang dapat kita pelajari dari kisah dan telah berlaku pada zaman selepas kewafatan Nabi Musa ini. Iaitu antara ujian yang kita lalui untuk meningkatkan kualiti diri ialah ujian lapar dan dahaga. Ini kerana melalui ujian ini, jiwa kita menjadi kental kerana syaitan yang sentiasa menggoda manusia dengan melemahkan jiwa dan taqwa kepada Allah akan masuk melalui aliran darah. Maka kata ulama’ laluan syaitan dalam darah dapat disempitkan dengan berpuasa.

Meneliti sejarah umat Islam dizaman Rasul s.a.w diuji dengan keadaan yang serupa di dalam peperangan Badar pada tanggal 17 Ramadhan tahun 2H. Bayangkan umat Islam menghadapi tentera musyrikin serama 1000 orang dengan kekuatan 100 ekor kuda dan 700 ekor unta.! Sebaliknya tentera Islam memiliki jumlah yang jauh lebih sedikit iaitu 313 orang, 2 ekor kuda dan 70 ekor unta..!.Tetapi lihatlah kualiti muslimin ketika itu yang telah 17 hari menunaikan ibadat puasa. Mereka berpuasa dengan sebenar-benar puasa dan telah bejaya mencapai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t Maka jumlah yang jauh lebih sedikit dan kelengkapan yang serba kurang tidak menghalang mereka mencapai kejayaan dalam pertempuran itu.. Malah kalau kita lihat sejarah pembukaan kota-kota penting didunia telah dilakukan oleh tentera muslimin pada bulan puasa. Contoh Tariq ibn Ziyad membuka kota Andalusia (Sepanyol) pada bulan ramadhan dan begitu juga panglima Salahudin Al-Ayubi membebaskan kota Baitul Maqdis dari cengkaman tentera salib juga dibulan Ramadhan.

Maka hikmah amalan puasa dan keberkatannya bukannlah suatu teori semata-mata tetapi ianya telah banyak berlaku kepada orang2 terdahulu. Cumanya dalam realiti kini kisah2 tersebut seolah suatu yang mustahil dicapai. Ini kerana umat masakini gagal melaksanakan puasa seperti mana yang disyariatkan oleh agama. Lihat sajalah bagaimana masyarakat kita melaksanakan puasa. Seperti ada pasang surut, atau biskut chipsmore. Sekejap ada sekejap tiada. Di awal Ramadhan masjid dan surau penuh. Malah tak cukup tempat, sehingga AJK masjid dan surau kelamkabut dibuatnya. Tetapi tunggulah seminggu dua lagi. Kita lihat suasana yang berbeza. Saf2 solat mula berkurangan. Keadaan bertambah sayu bilamana dipenghujung Ramadhan. Yang tinggal beberapa AJK dan ahli jemaah yang masih lagi setia. Yang lain dimana?. Kita dapati mereka sibuk berkunjung ke pasaraya dengan jualan murah hari raya.

Begitu juga dengan makanan. Banyak berlaku pembaziran..! Bulan puasa adalah bulan pesta makanan terutama rakyat Malaysia. Hotel2 sibuk menwarkan pakej berbuka, dewasa RM40!, manakala kanak2 RM24.! Seolah2nya kita tidak dapat menghayati ramadhan yang mahukan umat Islam berjimat cermat. Bulan puasa ibarat bulan yang hanya mengubah waktu makan dari siang hari kemalam hari. Kes lebih teruk lagi, ada orang yang ‘berjaya’ menambah berat badan di bulan puasa!. Tahniah kepada mereka ini..Kita boleh senaraikan lagi kes2 yang menunjukkan bahawa sehingga kini setelah puluhan tahun kita berpuasa, kita masih lagi gagal memahami hikmah berpuasa dan melaksanakannya seperti mana yang telah ditunjukkan melalui sunah Rasul s.a.w. dan petunjuk para sahabat baginda serta ulamak2 Islam.

Maka tidak hairanlah umat Islam sehingga kini masih lagi tertindas, dihina, merempat dibumi sendiri kerana mereka gagal menghayati tuntutan agama mereka. Pemimpin mereka adalah orang yang mengaku Islam tetapi mengamalkan rasuah, penindasan malah lebih teruk sanggup membunuh umat Islam yang lain hanya kerana mahu kekal berkuasa. Mereka sanggup bersekongkol dengan musuh untuk menghancurkan negara dan rakyat yang dipimpin dek kerana mahu untuk kekal berkuasa. Tidak takutkah mereka kepada ALlah. Tidak tahukah mereka bahwa kuasa adalah amanah Allah yang akan diminta pertanggungjawaban..


Maka dengan itulah saya menyeru diri saya dan kaum muslimin terutamanya qaryah Bandar Putra Berta untuk sama2 kita renungi senario ini sebagai satu muhasabah diri agar dapat kita persiapkan diri untuk melaksanakan ibadah puasa dan menghayatinya sepertimana yang telah ditunjukan oleh Nabi. Antaranya Nabi menyarankan kepada kita untuk mempertingkatkan bacaan Al-Quran beserta memahami maknanya, meningkatkan amalan sunat dengan tidak meninggalkan yang fardhu. Malah Allah memberi ganjaran amalan solat sunat sama pahalanya dengan amalan solat fardhu. Nabi juga menyarankan supaya kita lebih pemurah dengan bersedeqah dengan kadar yang lebih banyak. Juga kita hendaklah meninggal amalan suka berbohong bila bercakap, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya disamping menjaga anggota mata, telinga dan hati dari perkara2 maksiat kepada Allah. InsyaALLah semua ini tidak mampu kita lakukan tanpa bantuan dan rahmat daripada ALlah s.w.t. Maka marilah sama2 kita berganding bahu dengan memperkukuhkan saf ketika sama2 kita menunaikan solat sunat tarawikh berjemaah dan bertadarus Al-Quran disamping kita bangun malam untuk berthajjud kepada ALlah rabbul jalil. Tidak cukup dengan itu, Allah dengan sifat pemurah dan pengasihNya akan merantai syaitan2 dan membuka pintu2 syurga dibulan ramadhan untuk memudahkan kita melaksanakan ibadah didalamnya.

Surau kita cuba seperti biasa membawa para ustaz tempatan dan jemputan untuk memimpin solat jamaah dan solat sunat tarawikh dan menyampaikan tazkeerah bagi mengambil peluang merebut pahala yang berganda disediakan oleh ALlah s.w.t. Sesungguhnya ramadhan adalah bulan PESTA IBADAH.!! Marilah kita merebut peluang keemasan ini yang hanya datang setahun sekali. Jangan tunggu tahun hadapan kerana kita tidak pasti samada akan bertemu dengannya sekali lagi. Mana tahu tahun ini mungkin ramadhan kita yang terakhir..!

Sekian wassalmualikum waramatullahi wabarokatuh..

Dari Pengerusi Surau Al-Muttaqin
(Prof Dr Md Roslan Hashim)

 


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: