Pertandingan Hafazan & Mewarna 6 Ogos

30 07 2012

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SURAU AL-MUTTAQIN

As-salamu alaikum wa rahmatullah, Sempena bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan Al-Quran, pihak surau sukacita menganjurkan pertandingan hafazan dan mewarna bersempena cuti NUzul Quran pada 6 Ogos 2012, Isnin. Pertandingan hafazan diadakan bagi menggalakkan anak-anak mengahafal Al-Quran dan mewarna bagi anak-anak kecil tetang mese-mesejj Ramadhan.

PENYERTAAN
Bagi hafazan, terbuka kepada pelajar sekolah menengah untuk Kategori 1 dan pelajar sekolah rendah untuk Kategori 2. Bagi Kategori 1 meliputi Surah Al-A’la sehingga Surah An-Nas manakala untuk Kategori 2(Sekolah Rendah) Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas.

Untuk Pertandingan mewarna terbuka kepada anak-anak yang berumur 5, 6 dan 7 tahun. Sila bawa peralatan mewarna sendiri – hanya pensil warna dibenarkan (termasuk suratkhabar sebagai lapik).

MAKLUMAN
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Ogos 2012. Sila serahkan borang penyertaan kepada AJK Surau.

Program akan bermula pada pukul 8.30pagi. Diharap para peserta dapat berada di perkarangan surau untuk tujuan pendaftaran (kedatangan). Program dijangka tamat sebelum Zohor.

Semua dijemput hadir selepas Asar (6ptg) di perkarangan Surau Untuk Majlis ringkas penyampai hadiah dan persembahan nasyid dari anak-anak, diikuti Majlis Iftar (Berbuka) Perdana anjuran pihak Surau.

Keputusan pertandingan, setelah diumumkan, adalah muktamat. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh hubungi pihak AJK Surau.

BORANG PERMOHONAN : KIik untuk muat-turun borang penyertaan


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: