Bicara Imam

barline

Perutusan Ramadhan 1433h

Jumaat 20 Julai 2012/ diambang 1 Ramadhan 1433

Assalamualaikum warah matullahi wabarokatuh,

Segala puji kita panjatkan kepada ALlah s.w.t kerana menghidupkan kita sehingga kini dan lebih penting kita sama-sama dapat hidup di dalam bulan Ramadhan 1433H yang penuh keberkatan. Bila menyebut Ramadhan kita tidak dapat lari dari membicarakan amalan mulia iaitu berpuasa.

Kita telah dimaklumkan dalam Al-Quran bahawa umat Muhammad bukanlah umat yang pertama berpuasa tetapi amalan puasa telah dilaksanakan oleh umat2 terdahulu melalui wahyu yang telah diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu. Maksud ayat Al-Baqarah 183: wahai orang2 berimana telah diwajibkan puasa keatas kamu seperti mana ianya diwajipkan keatas umat2 sebelum ini, moga-moga kamu mencapai ketakwaan (melalui amalan puasa ini). Bila berbicara tentang takwa kita sebenarnya berbicara tentang kualiti muslim. Inilah kualiti yang paling tinggi disisi Allah iaitulah orang yang paling bertakwa, sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud, ‘Orang-orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLah adalah orang yang paling bertakwa. Sebab itu puasa diwajibkan selama sebulan ke atas setiap muslim yang mukallaf untuk meningkatkan kualiti diri di sisi ALLah. Apa bukti bahawa taqwa adalah kualiti diri yang paling penting?. Nah telah terserlah sejak dari zaman dahulu lagi, jika taqwa berada dalam diri, golongan yang sedikit boleh menewaskan golongan yang sangat banyak.

Dalam surah Al-Maidah, Al-Quran menceritakan tentang pertembungan di antara tentera Thalut (kaum Bani Israel) yang sedikit menentang tentera Jalut yang banyak. Ini adalah ujian pertama terhadap tentera Thalut. Sebelum pertempuran berlaku tentera Thalut telah meredah padang pasir luas untuk menuju ke medan pertempuran. Ini adalah ujian yang kedua. Dalam perjalanan yang jauh dan panas mereka telah melintasi sebatang sungai yang jernih dan sejuk airnya. Sekali lagi mereka diuji dimana mereka tidak dibenarkan meminum air tersebut walau macammana dahaganya mereka kecuali secedok tangan sahaja!!. Ini cabaran ketiga. Maka pada cabaran ketiga ujian nafsu dahaga inilah ramai di antara tentera Thalut yang gagal..!

Ramai di antara mereka minum dengan begitu banyak sehingga digambarkan dalam Al-Quran seolah-olah mereka ‘makan’ air itu lantaran kehausan lantas mengingkari perintah pemimpin mereka iaitu Thalut. Akhirnya kesemua yang melanggar perintah tidak dapat meneruskan perjalanan ke medan pertempuran. Sebaliknya golongan yang sedikit yang taat kepada perintah pemimpin mereka dapat meneruskan perjalanan sehingga mereka bertempur dengan tentera Jalut yang ramai. Ada sejarawan mengatakan bilangan tentera Jalut seramai 70,000 sedangkan tentera Thalut hanya seramai 313 orang sahaja. Maka ketika peperangan hampir tercetus tentera Jalut begitu yakin melihat jumlah tentera Thalut yang sedikit.

Sebaliknya pula tentera Thalut yang memiliki taqwa yang tinggi dan mereka percaya bahawa mereka akan bertemu dengan Allah mengungkapkan ucapan yang rakamkan dalam Al-Quran yang bermaksud, berapa banyak kumpulan yang sedikit dapat mengatasi kumpulan yang banyak dengan izin ALlah.’ Maka Allah telah mengurniakan seorang pemuda dalam tentera Thalut yang bernama Daud yang memiliki kepintaran melempari batu. Maka dengan kekuatan yang kepakaran yang ada dia (Daud) melempari batu besar dengan sekuat hati dan mengenai kepala Jalut dan menyebabkan kepalanya pecah lalu mati. Dengan kematian Jalut seluruh tenteranya berundur dan tewas dalam pertempuran itu.

Banyak hikmah yang dapat kita pelajari dari kisah dan telah berlaku pada zaman selepas kewafatan Nabi Musa ini. Iaitu antara ujian yang kita lalui untuk meningkatkan kualiti diri ialah ujian lapar dan dahaga. Ini kerana melalui ujian ini, jiwa kita menjadi kental kerana syaitan yang sentiasa menggoda manusia dengan melemahkan jiwa dan taqwa kepada Allah akan masuk melalui aliran darah. Maka kata ulama’ laluan syaitan dalam darah dapat disempitkan dengan berpuasa.

Meneliti sejarah umat Islam dizaman Rasul s.a.w diuji dengan keadaan yang serupa di dalam peperangan Badar pada tanggal 17 Ramadhan tahun 2H. Bayangkan umat Islam menghadapi tentera musyrikin serama 1000 orang dengan kekuatan 100 ekor kuda dan 700 ekor unta.! Sebaliknya tentera Islam memiliki jumlah yang jauh lebih sedikit iaitu 313 orang, 2 ekor kuda dan 70 ekor unta..!.Tetapi lihatlah kualiti muslimin ketika itu yang telah 17 hari menunaikan ibadat puasa. Mereka berpuasa dengan sebenar-benar puasa dan telah bejaya mencapai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t Maka jumlah yang jauh lebih sedikit dan kelengkapan yang serba kurang tidak menghalang mereka mencapai kejayaan dalam pertempuran itu.. Malah kalau kita lihat sejarah pembukaan kota-kota penting didunia telah dilakukan oleh tentera muslimin pada bulan puasa. Contoh Tariq ibn Ziyad membuka kota Andalusia (Sepanyol) pada bulan ramadhan dan begitu juga panglima Salahudin Al-Ayubi membebaskan kota Baitul Maqdis dari cengkaman tentera salib juga dibulan Ramadhan.

Maka hikmah amalan puasa dan keberkatannya bukannlah suatu teori semata-mata tetapi ianya telah banyak berlaku kepada orang2 terdahulu. Cumanya dalam realiti kini kisah2 tersebut seolah suatu yang mustahil dicapai. Ini kerana umat masakini gagal melaksanakan puasa seperti mana yang disyariatkan oleh agama. Lihat sajalah bagaimana masyarakat kita melaksanakan puasa. Seperti ada pasang surut, atau biskut chipsmore. Sekejap ada sekejap tiada. Di awal Ramadhan masjid dan surau penuh. Malah tak cukup tempat, sehingga AJK masjid dan surau kelamkabut dibuatnya. Tetapi tunggulah seminggu dua lagi. Kita lihat suasana yang berbeza. Saf2 solat mula berkurangan. Keadaan bertambah sayu bilamana dipenghujung Ramadhan. Yang tinggal beberapa AJK dan ahli jemaah yang masih lagi setia. Yang lain dimana?. Kita dapati mereka sibuk berkunjung ke pasaraya dengan jualan murah hari raya.

Begitu juga dengan makanan. Banyak berlaku pembaziran..! Bulan puasa adalah bulan pesta makanan terutama rakyat Malaysia. Hotel2 sibuk menwarkan pakej berbuka, dewasa RM40!, manakala kanak2 RM24.! Seolah2nya kita tidak dapat menghayati ramadhan yang mahukan umat Islam berjimat cermat. Bulan puasa ibarat bulan yang hanya mengubah waktu makan dari siang hari kemalam hari. Kes lebih teruk lagi, ada orang yang ‘berjaya’ menambah berat badan di bulan puasa!. Tahniah kepada mereka ini..Kita boleh senaraikan lagi kes2 yang menunjukkan bahawa sehingga kini setelah puluhan tahun kita berpuasa, kita masih lagi gagal memahami hikmah berpuasa dan melaksanakannya seperti mana yang telah ditunjukkan melalui sunah Rasul s.a.w. dan petunjuk para sahabat baginda serta ulamak2 Islam.

Maka tidak hairanlah umat Islam sehingga kini masih lagi tertindas, dihina, merempat dibumi sendiri kerana mereka gagal menghayati tuntutan agama mereka. Pemimpin mereka adalah orang yang mengaku Islam tetapi mengamalkan rasuah, penindasan malah lebih teruk sanggup membunuh umat Islam yang lain hanya kerana mahu kekal berkuasa. Mereka sanggup bersekongkol dengan musuh untuk menghancurkan negara dan rakyat yang dipimpin dek kerana mahu untuk kekal berkuasa. Tidak takutkah mereka kepada ALlah. Tidak tahukah mereka bahwa kuasa adalah amanah Allah yang akan diminta pertanggungjawaban..


Maka dengan itulah saya menyeru diri saya dan kaum muslimin terutamanya qaryah Bandar Putra Berta untuk sama2 kita renungi senario ini sebagai satu muhasabah diri agar dapat kita persiapkan diri untuk melaksanakan ibadah puasa dan menghayatinya sepertimana yang telah ditunjukan oleh Nabi. Antaranya Nabi menyarankan kepada kita untuk mempertingkatkan bacaan Al-Quran beserta memahami maknanya, meningkatkan amalan sunat dengan tidak meninggalkan yang fardhu. Malah Allah memberi ganjaran amalan solat sunat sama pahalanya dengan amalan solat fardhu. Nabi juga menyarankan supaya kita lebih pemurah dengan bersedeqah dengan kadar yang lebih banyak. Juga kita hendaklah meninggal amalan suka berbohong bila bercakap, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya disamping menjaga anggota mata, telinga dan hati dari perkara2 maksiat kepada Allah. InsyaALLah semua ini tidak mampu kita lakukan tanpa bantuan dan rahmat daripada ALlah s.w.t. Maka marilah sama2 kita berganding bahu dengan memperkukuhkan saf ketika sama2 kita menunaikan solat sunat tarawikh berjemaah dan bertadarus Al-Quran disamping kita bangun malam untuk berthajjud kepada ALlah rabbul jalil. Tidak cukup dengan itu, Allah dengan sifat pemurah dan pengasihNya akan merantai syaitan2 dan membuka pintu2 syurga dibulan ramadhan untuk memudahkan kita melaksanakan ibadah didalamnya.

Surau kita cuba seperti biasa membawa para ustaz tempatan dan jemputan untuk memimpin solat jamaah dan solat sunat tarawikh dan menyampaikan tazkeerah bagi mengambil peluang merebut pahala yang berganda disediakan oleh ALlah s.w.t. Sesungguhnya ramadhan adalah bulan PESTA IBADAH.!! Marilah kita merebut peluang keemasan ini yang hanya datang setahun sekali. Jangan tunggu tahun hadapan kerana kita tidak pasti samada akan bertemu dengannya sekali lagi. Mana tahu tahun ini mungkin ramadhan kita yang terakhir..!

Sekian wassalmualikum waramatullahi wabarokatuh..

Dari Pengerusi Surau Al-Muttaqin
(Prof Dr Md Roslan Hashim)

 

barline

Perutusan Ramadhan 1432h

Khamis 4 Ogos 2011/ 4 Ramadhan 1432

Assalamualaikum warah matullah hi waba rokatuh

Kita bersyukur kepada Allah bilamana ramadhan menjelang menandakan doa kita dalam ramadhan yang lepas telah dimakbulkan oleh Allah iaitu kita memohon untuk diberi umur bertemu ramadhan yang akan datang. Ramadhan datang membawa segala keberkatan yang membuktikan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah swt kepada hamba-hambaNya. Amat rugilah jika kita tidak mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya. Ramadhan datang mengajar kita suatu pengajaran yang besar iaitu berjihad dengan hawa nafsu bagi mencapai matlamat taqwa.

Apa yang pasti makan dan minum yang halal dibulan lain, tetapi diharamkan dibulan ramadhan. Islam tidak ‘menyeksa’ umatnya tetapi latihan berjihad amat penting demi mencapai kemenangan melawan hawa nafsu, kemenangan melawan syaitan, kemenangan melawan musuh Islam dari kalangan manusia dan mencapai kemenangan didunia dan akhirat.

Sejarah membuktikan bahawa Perang Badar dan Perang Khandaq berlaku dalam bulan ramadhan. Kenapa Allah mentaqdirkan berlaku dibulan ramadhan sedangkan secara logic akal umat Islam sedang berpuasa?

Dalam peperangan Badar umat Islam berjumlah 313 sedangkan kaum musyirikin berjumlah 1000 orang dengan segala kelengkapan senjata yang lengkap. Tetapi umat Islam Berjaya melepasi segala halangan ini dan memenangi peperangan ini dimana 70 orang kafir musyrik dibunuh dan 70orang ditawan. Begitu juga dalam peperangan khandaq dimana umat Islam terpaksa menggali parit dalam keadaan lapar dan dahaga bagi menghalang ketumbukan tentera bersekutu seramai 10 000 orang!. Mereka menggali parit siang dan malam dengan keadaan musuh sedang bergerak menuju Madinah. Musuh sampai dalam keadaan umat Islam baru sahaja selesai menggali parit. Alhamdulillah musuh tidak Berjaya menembusi pertahanan kaum muslimim dan akhirnya Allah menurunkan hujan pasir yang memecahkan banteng kaum musyrikin dan mereka berundur meninggalkan madinah.

Hikmah kepada 2 peristiwa ini adalah Allah ingin membentangkan kepada kita kekuatan dalaman (iman) yang diperolehi oleh orang2 yang berpuasa mampu mengatasi segala cabaran yang hebat seperti serangan musuh Islam. Dengan hikmah yang sama kita diwajibkan berpuasa dibulan ini bagi membina jiwa dan iman yang kental untuk menghadapi musuh luar dan dalaman yang sentiasa menghalang dan menggoda manusia untuk ingkar kepada perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Marilah kita jadikan ramadhan pada tahun ini untuk kita memperbaiki segala amalan kita dengan sama-sama bersolat berjemaah di Surau Al-Muttaqin dan menjayakan semua program yang telah dirancang sepanjang bulan yang mulia ini.

Saya berpesan kepada diri saya untuk melakukan perkara-perkara berikut di bulan Ramadhan seperti mana saranan Nabi saw

1. Bersolat Berjemaah di Masjid/Surau Rasulullah saw bersabda :

“Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan menuju masjid di kegelapan dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak.” (HR Tirmizi dan Abu Dawud)

2. Membaca Al-Quran

Di bulan Ramadhan, Rasulullah saw memerintahkan untuk memperbanyakkan qira’at al-Qur’an atau membaca Al-Quran kerana bulan ini adalah bulan Al-Qur’an.

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). (QS Al-Baqarah : 185)

Selama bulan Ramadhan ini, hedaklah setiap muslim berusaha untuk mengkhatamkan Al- Qur’an meskipun hanya sekali. Tentu sahaja membaca di sini bukan sekadar membaca tetapi bacaan yang disertai dengan tafakkur dan tadabbur.

a. Al-Qur’an bagi seorang mukmin adalah panduan hidup.

b. Al-Qur’an juga penawar hati dari segala penyakit jiwa.

Oleh itu membaca Al-Qur’an yang disertai dengan tadabbur akan membuatkan jiwa kita semakin hidup.

3. Memperbanyakan sedekah

Di bulan Ramadhan, Rasulullah saw memberikan contoh tauladan untuk memperbanyakkan sedekah. Sedekah adalah sebuah amal yang menjanjikan pahala yang sangat besar.

Allah swt berfirman;

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (QS Al-Baqarah : 261)

Dengan sedekah ini, maka akan terciptalah silaturrahim dan akan diperolehi makna ‘ukhuwwah fillah’ serta akan terjaga persatuan kaum muslimin.

Sekian wassalam

Selamat menghidupkan Ramadhan
Dr. Md Roslan Hashim
Pengerusi Surau

barline

Perutusan Pengerusi 1432h/2011

Jumaat 31 Disember 2010/ 25 Muharram 1432

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh.

Lazimnya kedatangan tahun baru disambut dengan rasa gembira dengan azam dan pengharapan yang baru. Kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dari segi fizikal dan spiritual. Alhamdulillah begitu jugalah yang diharapkan oleh AJK Surau Al_Muttaqin Bandar Putra Bertam. Perasaan yang sama kita perpanjangkan kepada semua penduduk Taman Bertam Putra khususnya dan seluruh umat Islam amnya tak kita dimana mereka berada. Hakikat bahawa umur kita diperpanjangkan oleh Allah setahun lagi menuntut supaya kita sentiasa bersyukur kerana dapat kita terus menambah kebaikan menuruti segala perintah Allah dan rasulNya.

Setahun berlalu, ada kenalan malah saudara kita telah pergi menemui Allah di alam barzakh. Yang pasti kita akan menyusul mereka-mereka ini. Cumanya masanya belum lagi sampai. Saat kematian kita yang pasti berlaku sengaja dirahsiakan oleh Allah supaya menjadi ujian kepada setiap hambaNya.. seperti mana firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat2: Dialah Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan supaya menjadi ujian di kalangan para hambaNya siapakan yang paling baik amalnya.

Menyedari hakikat ini tidak ada tempat lain yang lebih baik daripada institusi surau atau masjid yang boleh dijadikan tempat untuk kita mencari keredaan Allah melalui program-program perdana termasuk kuliah, ceramah, hari keluarga dan tidak lupa solat berjemaah sehari semalam 5 waktu. Inilah tempat kita menghubungkan silaturrahim dan mempertautkan kasih saying dibawah kalimah suci, Innamal mukminu na ikhwah: Sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara. Lantas jika kalimah ini difahami dan dipraktikan, maka dengan mudah kita menjalani ujian daripada Allah s.w.t. seperti saranan Allah dalam ayat Al-Mulk tadi.

Menguruskan sesebuah surau bukanlah perkara mudah. Ini kerana dibahu para AJK tergalas beban yang besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. Jawatan yang dipegang bukan tempat mencari populariti tetapi bagaimanakah kita mengurus tadbir dengan baik supaya ianya menjadi tempat segala aktiviti masyarakat Islam. Sebab itu pihak AJK telah bersama-sama dengan ahli qariah menjalankan beberapa program berimpak tinggi dan sederhana juga biasa bagi mengimarahkan surau. Ingatlah surau akan ‘mati’ jika tiada orang bersolat dan berprogram di dalamnya. Mudah kata mentadbir surau atau masjid laksana membuka gedung perniagaan. Lebih ramai orang ke gedung kita maka lebih majulah perniagaan kita. Begitu juga surau atau masjid, lebih ramai orang bersolat dan berprogram di dalamnya maka lebih imarahlah surau itu. Usahlah kita mengherdik orang hatta kanak-kanak yang bising. Hakikatnya bahawa mereka dapat datang kesurau merupakan suatu kejayaan surau. Lantas AJK surau mengambil pendekatan ‘melayani’ kesemua ‘pelanggan’ kita dari bayi, kanak-kanak hingga orang dewasa termasuk kaum ibu.

Kita juga mengamalkan pendekatan menyediakan ruang solat 24jam sehari semalam. Walaupun hakikatnya pintu ditutup dimasa-masa tertentu, kita menyediakan ruang solat dibalai lintang untuk musafir yang singgah di luar waktu solat. Kita juga sentiasa mengalu-alukan segenap lapisan masyarakat untuk menggunakan surau dalam apa juga aktiviti yang tidak dilarang syarak demi kebaikan dan semua.

InsyaAllah penghujung tahun 2010 dan awal 2011, kita dalam peringkat terakhir untuk mendapatkan kelulusan dari pejabat Mufti dan Pejabat Agama Pulau Pinang untuk dibenarkan surau kita dijadikan tempat bersolat Jumaat. Ini memandangkan keperluan-keperluan yang mendesak dari anak qariah yang perihatin tentang ibadat solat Jumaat terutamanya warga yang bermastautin dan juga anak-anak remaja yang terpaksa keluar dari taman untuk ke masjid-masjid yang berdekatan. Faktor keselamatan warga taman yang mempunyai kependudukan kurang lebih 2000 rumah, serta keselesaan menyebabkan kita memohon untuk menggunakan surau al-muttaqin sebagai tempat bersolat jumaat. Walaupun tidak kesemua warga taman bersolat jumaat disurau kita, namun 10% dari jumlah keseluruhan penduduk adalah perangkaan yang realistik bagi menyediakan kemudahan bersolat jumaat.

Apa yang pentingnya ialah bagaimana kita dapat jadikan surau sebagai suatu institusi keilmuan kepada umat Islam. Ini kerana ilmulah merupakan jalan utama kita mengenali Allah, Rasul dan hakikat kejadian manusia dan segalanya di alam mayapada ini. Sabda Rasul: Jika kamu hendakkan dunia, carilah ilmu. Jika kamu hendakkan akhirat carilah ilmu.Jika kamu berkehendakkan kedua-duanya maka carilah ilmu. Begitulah kepentingan ilmu dalam Islam. Maka saya dengan rendah diri mengajak diri saya, seluruh AJK surau dan penduduk Taman Putra Bertam untuk sama-sama menjayakan segala aktiviti yang dijalankan. Yang terpenting sekali adalah solat berjemaah yang merupakan sumber kekuatan umat Islam dalam mendepani ujian dan cabaran dari Allah seperti yang difirmankanNya dalam surah Al-Mulk. Tambahan dari itu, program-program kuliah perdana, bulanan dan mingguan dapat mempertingkatkan ilmu kita terhadap Islam dan hakikat penciptaan manusia dan alam oleh Maha Pencipta Allah s.w.t.

Saya berdoa kepada ALLah moga diampunkan dosa kita semua. Dan secara khusus memohon ampun dari semua anak qariah jika sepanjang pengurusan AJK surau sepanjang tahun lepas terdapat banyak kekurangan. Kami juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut hadir menjayakan setiap program yang kita jalankan sepanjang tahun 2010. Kami juga menyeru supaya kita sama-sama mengajak rakan dan taulan yang lain supaya sama-sama menunaikan solat berjemaah demi mendapat manfaat yang maksimum dari amalan solat dan lebih penting lagi ganjaran besar daripada Allah s.w.t. Tidak lupa juga kepada semua AJK yang telah dilantik yang telah menjalankan tanggungjwab dengan penuh dedikasi tanpa mengharapan sebarang balasan kecuali dari Allah s.w.t

Moga Allah merahmati kita semua dan memperteguhkan hati-hati kita semua diatas jalanNya.. Ameen.

Dr. Md Roslan Hashim

barline

Perutusan Maal Hijrah 1431 Pengerusi

Jumaat 18 Disember 2009 (1 Muharram 1431h)

Assalamualaikum w.b.t

Hari Jumaat ini bersamaan 18hb Disember 2009 merupakan tarikh istimewa yang dinantikan oleh orang mukmin iaitu kedatangan awal muharam, hari pertama tahun baru dalam Islam 1 Muharram, 1431 Hijrah.

Bilamana tarikh ini disebut kita tidak dapat lari dari mengingatkan peristiwa hijrah rasul s.a.w. kerana dari tarikh itulah diambil sempena tahun hijrah oleh para sahabat setelah kewafatan baginda sebagai tarikh permulaan kalendar Islam. Rasullullah berhijrah dari kota mekah ke madinah setelah 13tahun berdakwah dikota mekah dengan pahit jerih berhadapan dengan tekanan dan tipu muslihat kaum kafir quraish yang menyiksa, memboikot dan membunuh para sahabat baginda. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa mesej hijrah telah bermula sejak baginda dilantik menjadi rasul oleh Allah s.w.t. Kalimah agung yang mengajak manusia berhijrah termaktub di dalam kalimah La ila ha i’l lallah.. yang membawa maksud tiada ketuhanan, tiada ketundukan, tiada penyembahan, tiada kehidupan ini melainkan kepada Allah s.w.t. Kalimah yang ringkas tetapi penuh bermakna.

Malangnya ramai antara kita yang tidak memahami intipati kalimah ini. Sejarah membuktikan bahawa kaum kafir quraish adalah kelompok manusia pertama yang memahami kalimah ini dengan sebenar-benarnya lantaran al-quran yang diturunkan dalam bahasa ibunda mereka, lantas mereka terpecah kepada dua golongan. Golongan pertama adalah golongan yang faham intipati kalimah ini dan memeluk agama Islam dan berjuang bersama-sama dengan nabi s.a.w. Golongan kedua juga faham tetapi mereka menentang sekeras-kerasnya hatta kepada merancang pembunuhan baginda s.a.w.

Adalah sesuatu yang menarik dikaji kenapa golongan kedua ini yang terdiri daripada Abu Jahal, Abu Lahab dan kelompok mereka begitu memusuhi nabi s.a.w. sedangkan sebelum ini manusia yang bernama Muhammad ini telah digelar oleh mereka sebagai al-amin yakni seseorang yang sangat dipercayai. Tetapi bilamana mereka mengetahui bahawa Muhammad s.a.w membawa mesej La ila ha i’l lallah, golongan yang samalah yang mengishtiharkan perang dan permusuhan yang nyata kepada Nabi s.a.w dan keluarga baginda.

Dr. Abdul Majid Aziz Az-Zindani membahaskan kalimah ini sebagai bermaksud seperti apa yang dinyatakan di atas. Ini bermaksud mesej hijrah ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak selaras dengan tuntutan Allah dan mengikut apa yang dituntut oleh Allah. Dalam erti kata lain meninggalkan apa yang ditegah dan melakukan apa yang disuruh. Kaum kafir quraish tidak dapat menerima hakikat ini kerana ini bermaksud mereka mungkin akan kehilangan pengaruh, kehilangan kekayaan dan yang lebih penting tidak dapat meneruskan cara hidup mereka ketika itu. Mereka sembah berhala, meminum arak, mereka membunuh anak2 perempuan mereka lantaran malu, mereka mengamalkan perhambaan ke atas manusia dan sebagainya. Mana mungkin mereka melepaskan segala keseronokan ini lantaran mengikut ajaran seorang manusia bernama Muhammad.

Ini bermakna hijrah boleh dilihat berlaku dalam dua fasa. Fasa pertama selama 13tahun di Mekah dan fasa kedua di Madinah yang memakan masa 10tahun. Ramai orang Islam gagal melihat bahawa fasa hijrah yang pertama adalah merupakan hijrah yang penting yang berlaku dari set minda yang digariskan oleh Allah s.w.t dan dilaksanakan oleh pesuruhnya Nabi s.a.w. Dalam fasa inilah ditanam kefahaman tentang aqidah dan keimanan kepada Allah yang Esa dan bahawasanya segala pemikiran dan tindakan yang lahir selepas itu mestilah merujuk kepada ketundukan terhadap kekuasaan dan keagungan Allah semata-mata.

Sehubungan dengan hijrah ini, telah lahir satu hadis dari baginda s.a.w. yang mahsyur iaitu yang dinukilkan dalam Hadith 1, himpunan Hadith 40 Iman An-Nawawi, yang diriwayatkan oleh Saidina Umar Al-Khattab iaitu aku pernah mendengar daripada Rasulullah s.a.w: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang yang dia diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang mahu dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadith yang mahsyur ini mengingatkan kita bahwa hijrah dalam makna yang sebenar tidak berlaku jika minda kita tidak menuju kepada Allah dan Rasul.

Dalam konteks yang luas, kita lihat manusia telah mengakui ingin berubah menjadi baik, tetapi hakikatnya mereka masih ditakok lama. Zaman telah moden dengan segala kecanggihan teknologi, tetapi jiwa manusia masih kosong. Ini kerana ‘penghijrahan’ dalam bentuk kemodenan adalah penghijrahan kosong kerana tidak datang bersama set minda yang betul iaitu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

Sebab itulah kita sedang menyaksikan segala kepincangan yang ada dalam masyarakat dewasa ini. Dari konteks global di peringkat antarabangsa hinggalah kepada masyarakat setempat diceruk rantau serta kampung. Bila jiwa kosong lantaran gagal memahami mesej besar kalimah La ila ha i’l lallah, kita lihat masyarakat berantakan. Manusia menjadi hamba harta. Mereka sanggup menindas orang lain demi membolot harta secara haram. Rasuah berleluasa. Manusia menjadi hamba nafsu. Masalah sosial remaja, orang dewasa bermula dari peringkat bawah hinggalah kepada kepimpinan masyarakat. Begitu juga pencemaran alam sekitar yang dilakukan diperingkat global hinggalah kepada kilang2 syarikat antarabangsa di sekeliling kita. Toksid2 dan gas serta asap beracun dilepaskan untuk dihidu dan dihirup oleh anggota masyarakat setempat oleh kilang2 yang wujud diatas nama meyediakan peluang pekerjaan untuk mencapai kemajuan.

Media masa yang saban ketika menyiarkan siaran yang tidak membina kecerdikan masyarakat sebaliknya berlandas hiburan yang membawa masyarakat kelembah yang kehinaan. Idola-idola baru dari selebriti hiburan dan sukan diwujudkan seolah-seolah tuhan tuhan baru yang disembah semasa zaman jahilah dahulu.

Tambahan lagi tahun baru hijrah kali ini jatuh berdekatan dengan kedatangan tahun baru masehi 2010. Data kajian dari suatu NGO menunjukkan kadar kelahiran bayi luar nikah bertambah mendadak selepas 9 bulan berlakunya sesuatu sambutan di negara kita ini termasuk tahun baru masihi.

Diperingkat global menunjukkan bahwa negara yang digelar sebagai negara termaju di dunia iaitu Amerika Syarikat merupakan negara yang paling tinggi merosakan alam sekitar. Dengan penduduk hanya 400juta mereka menyumbang kepada 37% penghasilan gas yang menyebabkan pemanasan global. Bandingkan ini dengan negara China yang menyumbang 20% kepada pemanasan global, tetapi rakyat mereka 3 kali ganda rakyat Amerika iaitu 1.3 billion. Akibat pemanasan global, ais dikutb utara dan selatan mencair, lantas 18 pulau sudah tenggelam, 2,000 pulau sedang terancam.!!

Apapun hakikat semasa, umat Islam mempunyai tugas yang berat lantaran kita beriman kepada satu agama dari Allah yang membawa mesej rahmatan lil alamin. Senario yang berlaku menunjukkan bahwa kita tidak boleh mengharap kepada golongan bukan Islam kerana mereka tiada kekuatan dalaman untuk membawa pembaikan kepada dunia. Ini kerana mereka mengejar tuhan2 palsu yang pasti membawa kehancuran.

Lantas, dengan semangat hijrah sempena tahun baru Islam ini marilah kita sama2 kita menghayatinya dan melaksanakannya dalam kehidupan kita. Tanyalah diri kita apakah kita telah melakukan hijrah secara total kepada Allah s.w.t berdasarkan kalimah La ila ha i’l lallah?.
Apakah kita masih termasuk daripada golongan yang mengucapkan ungkapan ini dan melaksanakan separuh hati atau tidak mahu melaksanakannya langsung?.
Apakah kita masih tergolong dari golongan yang faham kalimah ini tetapi masih meninggalkan solat.?
Apakah kita yang mencari nafkah kepada anak isteri tetapi dari hasil wang yang haram seperti riba dan judi.?
Apakah kita termasuk orang2 yang berniaga mencari rezeki halal tetapi tak sempat bersolat lima waktu sehari?

Tepuk dada tanyalah iman…

Saya mengambil kesempatan ini mendoakan moga2 kita sama2 dapat menghayati kalimah hijrah dalam erti kata yang sebenar seperti yang telah ditunjukkan oleh Nabi junjungan besar s.a.w.

Saya selaku pengerusi Surau Al-Muttaqin mewakili AJK yang dilantik memohon kemaafan jika terdapat kesilapan sepanjang pentadbiran kami. Apapun sepanjang tahun hijriah 1430 yang lepas kita telah mengadakan beberapa program berimpak besar seperti menjemput penceramah antara lain Tuan Haji Ayub (Bekas Paderi), Saiful Islam, Ustaz Zamri (Mari Mengaji TV9), Br Lim Jooi Soon sekadar menyebut beberapa nama. InsyaALlah sebagai program awal hijrah kita telah menjemput Dato Hassan Din Al-Hafiz dalam kuliah perdana menyambut maal hijrah 1431H. Moga2 tuan/puan dapat menyertai program ini.

Disamping ceramah perdana kita juga telah merancakan program pengisian dengan menjemput Uztaz Syazali Al-Yemeni untuk kuliah dwi-mingguan dan Uztaz Zharafi Abas untuk kuliah bulanan. Ustaz Syazali menghidangkan seerah nabawiyah manakala Uztaz Sharafi menghidangkan tafseer Al-Quran. Selain ceramah kita juga telah berjaya mengadakan beberapa program lain seperti gotong royong membersihkan surau kita serta sembelihan qurban. Apapun semua ini tidak akan berjaya jika tiada sokongan dari tuan/puan.

Apapun paling menggembirakan kami sebagai AJK adalah dengan projek membina tembok pagar surau serta pembinaan setor penyimpanan yang disumbangkan oleh Jabatan Agama Islam yang difahamkan berjumlah puluhan ribu ringgit. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berkenaan. Tidak lupa juga kepada Kelab Rukun Tetangga Seksyen 6 dan 5 yang bertungkus lumus sehingga jauh malam menyiapkan tambahan ruang legar balai lintang surau yang menyambung dengan tangga hadapan. Tidak lupa juga kepada penyumbang wang ringgit. Saya terharu dengan sumbangan tenaga, masa dan wang yang telah dicurahkan demi memastikan surau kita indah dari fizikalnya, moga2 indah juga dari pengisiannya, InsyaALlah.

Perlu disebutkan juga bahawa para penderma yang baik hati yang sentiasa menyumbang dalam keadaan senyap, tanpa diketahui dari mana datangnya. Mereka menyumbang kipas angin, sejadah, pembesar suara, membayar bil api dan air bulanan.

Tidak lupa juga rakan2 peniaga Islam disekitar taman bandar putra bertam yang sentiasa perihatin menaja beberapa projek seperti jamuan sepanjang bulan ramadhan. Kita mendoakan sumbangan ikhlas tuan/puan akan diberi ganjaran tak putus-putus oleh Allah s.w.t di akhirat nanti.

Sekian wassalamualaikum warah matullah hi wa barokaa tuh.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431!!

Dr. Md Roslan Hashim
Pengerusi Surau Al-Muttaqin

barline

Perutusan Pengerusi Sempena Ramadhan

Rabu 19 Ogos 2009/ 28 Sya’ban 1430

DrRoslanAssalamualaikum,

Kedatangan Ramadhan al-Mubaraq adalah sesuatu yang sangat-sangat kita nantikan sesuai dengan sifat seorang mukmin. Saya mengambil kesempatan ini ingin melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya dapat kita menyambut kedatangan bulan mulia ini insyaAllah.

Sebelum saya teruskan coretan tentang kedatangan ramadhan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha-usaha mengimarahkan surau kita sejak dari dulu hingga kini. Yang terkini ialah rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang kipas yang pemurah yang memungkinkan kita mendapat kipas tambahan untuk keselesaan para jemaah. Untuk pengetahuan para penyumbang semua kipas telah siap dipasang dan berfungsi sepenuhnya. InsyaALlah kami pihak surau mendoakan keberkatan rezeki oleh Allah swt kepada semua penyumbang. Kedua adalah kepada para jemaah yang hadir pada Ahad lepas untuk usaha gotong-royong membersihkan dan mengecat serta membaik pulih bahagian surau. Hanya Allah yang layak membalas segala usaha tuan-tuan. Ketiga adalah kepada pihak KRT Sekyen 6 yang sama-sama berganding bahu membantu masakan yang diadakan pada hari gotong royong tersebut. Sekali lagi saya berbangga dengan semangat kerjasama tuan-tuan. Akhir sekali kepada beberapa pelajar UiTM Permatang Pauh yang turut serta dalam program gotong-royong tersebut.

Berbalik kepada ramadhan seperti yang kita sedia maklum ianya adalah bulan pengorbanan dimana pahala berlipat kali ganda dijanjikan oleh Allah kepada mukmin. Ini termasuk semua amalan sunat yang diberi ganjaran pahala menyamai amalan fardhu. Tidak lupa juga amalan bersedeqah yang dituntut Islam, malah Nabi saw menjadi seorang yang lebih pemurah terutama dibulan ramadhan. Oleh itu saya sekali lagi mengambil kesempatan ini mengajak semua kaum muslimin dan muslimat menghidupkan ramadhan di surau kita yang mana kami telah sediakan perbagai program menarik termasuk solat terawikh, tazkerah, iftar perdana, qiamulail dsbnya. Semua ini seperti kita maklum memerlukan dana. Saya menyeru kaum muslimin semua untuk sama-sama menimarahkan surau dan tidak lupa menyumbang kepada dana surau moga-moga segala program yang dirancang dapat berjalan lancar.
Sekian wassalam

Jumpa anda semua di Surau Al-Muttaqin. Selamat berpuasa!

Dr.Md Roslan Hashim
Pengerusi Surau Al-Muttaqin

wbanner ramadhan

barline

Menghormati Jiran Itu Tanda Beriman

Jumaat 26 Jun 2009

kejiranan

Salam,

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada sebagai rahmat kepada sekelian alam. Ini bermakna segala masalah hidup akan dapat diselesaikan oleh Islam. Secara ringkas Islam datang untuk mengatur kehidupan manusia. Manusia pula jarang hidup bersendirian. Mereka memerlukan rakan2 dan sahabat serta jiran-jiran supaya mereka tidak akan merasa kesunyian.

Ada sesetengah orang mengatakan dia boleh hidup tanpa jiran. Tetapi ketahuilah Barat adalah contoh terbaik bahawa manusia tidak boleh lepas dari memerlukan jiran untuk kesejahteraan hidup. Rakyat dinegara maju barat telah dilaporkan ramai yang membunuh diri. Ini mengejutkan banyak pihak kerana apa yang tidak ada dalam hidup mereka? Mereka mempunyai kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah. Tetapi masyarakat barat diketahui mengamalkan cara hidup yang bersifat keakuan. Mereka boleh hidup sebelah menyebelah tanpa mengenali jiran mereka. Malah mereka merasakan tidak perlu kepada jiran. Golongan ini akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana tekanan hidup hasil dari kekosongan jiwa. Bila mendapat berita ini kita bersyukur hidup sebagai muslim yang diajar dalam al-quran serta melalui Nabi s.a.w bahawa kita wajib menghormati dan bertegur sapa dengan jiran walaupun mereka berlainan agama daripada kita. Hinggakan dalam salah satu haids Nabi s.a.w. memberi amaran bahawa baginda tidak mengaku umat sesiapa yang menyakiti jiran hatta yang berlainan agama.

Dalam kitab Hadith 40 Imam Nawawi di dalam Hadith yang ke-15 bermaksud:-

Dari Abu Hurayrah radiyallahu ‘anh bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tamunya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Oleh itu saya sebagai pengerusi surau al-muttaqin menyeru kepada semua penduduk untuk sama-sama mengambil iktibar dari hadis ini bagi mewujudkan suasana harmonis dikalangan penduduk. Lebih cantik lagi jika kita sama-sama dapat menjadikan surau sebagai medan untuk menyuburkan kasih sayang dan persaudaraan antara sesama kita dengan mengunjungi surau terutama diwaktu solat 5 waktu sehari semalam dan juga melalui program-program pengisian yang dirancangkan oleh AJK surau dari masa ke semasa.

Sekian wassalam
Dr. Md Roslan Hashim
Pengerusi Surau Al-Muttaqin

barline

Alu²an oleh Pengerusi

16 Mac 2009

dr-roslanAssalamualaikum,

Segala puji Tuhan sekelian alam. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, sahabat-sahabat baginda dan ahli keluarga baginda.

Saya selaku pengerusi Surau amat bersyukur dengan wujudnya blog ini yang merupakan salah satu kaedah untuk berhubung dengan ahli qariah, penduduk setempat dan juga penduduk Malaysia serta seluruh dunia amnya tidak kira muslim atau non-muslim.

Alhamdulillah dengan terlantiknya barisan AJK yang baru bermesyuarat pada bulan Mac 2009 lepas, saya menyeru semua AJK untuk bergerak cergas memikul tanggungjawab merencanakan pelbagai program untuk mengimarahkan surau yang kita cintai dengan pelbagai program pengisian untuk penduduk Islam dan juga bukan Islam insyaAllah. Kerana hidup atau matinya sesebuah surau akan terletak pada program-program yang akan meningkatkan taqwa dan iman umat Islam dan merapatkan silaturrahim dikalangan ahli qariah. Tiada guna kita mempunyai surau yang indah tetapi sepi dari segi pengisian program yang bermanfaat. Meningkatnya bilangan ahli jemaah dalam solat wajib 5 waktu adalah antara beberapa kayu ukur yang penting yang menunjukkan keberkesanan kewujudan sesebuah surau.

Akhir kata saya menyeru semua ahli qariah untuk turut serta menjayakan program-program yang kita rancangkan sepanjang tahun 2009, insyaALlah.

Sekian wassalamualaikum warahmatullah

Dr. Md Roslan Hashim
Pengerusi Surau Al-Muttaqin

barline

10 responses

28 11 2010
amieruzainiey amier

ASSALAMUALAIKUM ….
utk semua muslim yg menetap di kawasan putra bertam ….
saya ingin memberi sedikit cadangan utk memperkembangkan aktiviti2 di kawasan kita
cadangan saya :

a) setiap anak2 qariah belajar mengaji di satu tempat seperti di surau al-muttaqin

b) tiap2 minggu diadakan kuliah2 ptg utk anak qariah menimba ilmu dan melantik beberapa tenaga pengajar , mengajar dan mendidik anak2 supaya kenal allah dan tahu cara2 bersolat dgn sempurna

c) surau disediakan perpustakaan agama utk kita dpt membaca dan meminjam buku2 agama.ini juga dpt menimbulkan minat membaca kpd golongan yg malas nak membaca dan menimba ilmu allah

d) membuat kutipan WAJIB rm5 sebulan dari semua fasa utk tujuan pembelajaran, pengurusan kematian, kenduri nikah kahwin , bantuan ehsan dan yg berkaitan dgnnya . kutipan ini mesti di update dari masa kesemasa dan kertas putih mestilah dipamerkan utk info semua muslim

e) menambah bilangan ( upgrade ) brg2 yg bersangkutan dgn kenduri kendara.penduduk tidak perlu menyewa khemah yg mahal dari luar.penduduk disyorkan mengadakan kenduri secara gotong royong, bukannya kenduri kontrak( upah org luar msk ) , ini bagi memeriahkan suasana ala kpg yg semakin dilupakan di mana2 taman.

f) mengadakan hari keluarga pada tiap2 tahun bagi menyatu padukan org muslim dgn non muslim amnya.menghampiri mereka dgn cara islamiah yg terbaik dgn harapan mereka terbuka utk memeluk islam dan kita dpt juga pahala kerana berjaya mengislamkan jiran kita.insyaallah

g)sukan tradisional utk semua kaum tanpa perbezaan politik

h) gotong-royong membersihkan semua surau mengikut jadual secara berperingkat,ini akan mengakrabkan lagi hubungan yg agak renggang.

i) RUKUN TETANGGA dijalankan dgn lebih aktif dan serius.mengedar maklumat mengenai program RT dan meminta org2 dewasa menjalankan tugasan RT dgn sukarela secara berterusan,memandangkan banyak org luar yg agak menyusahkan dgn gelagat merempit.

j) menjalan aktiviti2 gotong royong membersihkan seluruh putra bertam dari sampah ( sifar sampah )
tanpa menunggu MPSP dtg membersihkan kawasan kita.kita jalankannya secara berjadual.

ini adalah sebahagian kecil idea2 saya, jika dapat kita mengadakan program2 ini, insyaallah, anak2 qariah,anak2 remaja dan kita sebagai org dewasa dpt banyak manafaatnya

sekiranya ada idea2 yg menguntungkan kita, insyaallah akan saya sumbangkan …
` ISLAM ITU INDAH , CARILAH IA HINGGA KE HUJUNG NYAWA `

TERIMA KASIH
WASSALLAM

29 11 2010
suraualmuttaqin

Wa Alaikum Salam Wa Rahmatullah

Terima kasih di atas cadangan yang tuan berikan. Komen ringkas kami: ada yang kami telah laksanakan, ada yg masih berjalan, ada yg terhenti atas faktor-fator tertentu, ada yang dalam perancangan, ada yang tidak dpt dilaksanakan (lagi) atas sebab-sebab tertentu, ada yang bukan bidang kuasa kami dan ada yang tidak sesuai buat masa ini. Walaubagaimanapun sila terus memberi maklum balas kepada kami, kami sgt menghargainya. Jika tuan ingin membicangkan dgn terperinci idea-idea tersebut & komen pihak kami, boleh terus datang menyapa ajk surau terutamanya pengerusi, timbalan pengerusi atau setiausaha selepas solat-solat waktu di surau ini.

Kami berterima kasih yang amat sangat kepada tuan yang memberi idea dan menjadi sebahagian dari jemaah yang hadir ke surau ini dan bersama dalam majlis-majlis ilmu/program yang surau anjurkan. Kami juga mengalu-alukan tuan agar datang ke AGM surau yang dirancang pada awal Januari mungkin saudara boleh menjadi sebahagian dari tenaga kerja yang menjadikan idea-idea di atas sebagai realiti. Anda juga boleh emailkan kepada kami jika anda memerlukan perbicangan lanjut ke suraualmuttaqin@gmail.com

7 03 2010
ZAM

JIRAN OH JIRAN

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

26 02 2010
azron

salam,,,sayu baru menduduki rumah di taman putra bertam ni dan saya menetap di area lorong 3/6 ,,jadi boleh tak saya nak join dengan kariah surau al-mutaqqin ni sebab saya tengok surau ni banyak buat aktiviti dan bermasyarakat

26 02 2010
suraualmuttaqin

W/salam Wa Rahmatullah.. Sdr Azron.. sudah tentu.. kami mengalu-alukan penglibatan tuan.. pertamanya kami warga surau al-muttaqin mengucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kpd tuan dan keluarga.. dan mengalu-alukan tuan di sini.. kami dengan sukacita menjemput tuan datang ke surau kita ini.. dan mengikuti solat jamaah bersama kami & dan berharap dpt bersama kami dalam aktiviti majlis ilmu dan selainnya sekiranya tuan berkesempatan..

12 02 2010
hamba Allah

salam…

Kenapa penduduk Taman Putera bertam tak berapa pentingkan jiran-jiran.
Ada yang jiran sebelah rumah pun tak kenal.
Ini terjadi di fasa2 rumah2 yang mahal sedikit.
harap beri komen.

18 02 2010
suraualmuttaqin

wa alaikum salam wa rahmatullah,

hamba Allah,

Kenyataan tuan sangat umum. Pertama, adakah soalan itu ditujukan kepada kami? “Kenapa penduduk Taman Putera betam tak berapa pentingkan jiran-jiran”. Kalau nak jawapan mengarut: sebab depa lebih pentingkan diri sendiri dan family depalah, tu pasai tak pentingkan jiran-jiran..😛 he he.. jgn marah..

Tuan, ini perihal manusia, dan inilah hakikat kehidupan kini di taman-taman.. taman lain pon lebih kurang aje.. ada orang habaq dia menyesal beli kat Bertam Putra ni.. sbb tidak ada semangat kejiranan.. dia kata dia dah duduk kat taman lain tak macam nie.. itu persepsi.. ‘sukatan’ atau skala yg dipakai nak sukat semangat kejiranan ni subjektif.. taman kita mungkin tidak sehebat sesetengah komuniti lain.. tapi kita pon tak la teruk sangat sangat.. walaupun tidak dinafikan ada sebahagian komuniti di dalam bandar putra bertam ini yang kurang mendapat komitmen penduduk dalam menjayakan program-program komuniti.. dan kita tak perlu tunding kat rumah yg mahal atau rumah yg murah.. kita kata orang sombong ni persepsi kita sahaja atau mmg kita dah byk kali bercakap dgn depa ni.. dah berapa kali kita approach jiran2 kita atau kita cuma mengharap depa yg approach kita dulu..

kalau kita nak cari kelemahan demi kelemahan demi kelemahan banyak, boleh buat list.. tapi apa faedahnya.. kita perlukan action, kalau tuan menyedarinya ianya adalah masalah taman kita.. ubahkan ‘masalah’ ini kepada peluang untuk tuan buat pahala.. pertama tolong mai solat jemaah.. kuatkan saf-saf kita.. kita bina ukhuwah pertama-tama bermula di surau.. dan insyaAllah kita kembangkan ke dalam masyarakat.. Nabi s.a.w pertama-tama sampai ke Madinah dalam peristiwa hijrah membina masjid.. itulah pusat segala urusan dahwah, sosial, pentadbiran dan lain-lain oleh Nabi s.a.w.. dari itu bersempena sambutan maulidur-rasul yg negara kita pakai (12 rabu’ilawwal ni, minggu depan).. mari kita ambil sunnah ini.. kita bina semangat kejiranan ini pertama-tamanya melalui datang solat jemaah di surau.. penuhkan saf-saf.. jgn biarkan surau kosong, sejadah sgt byk orang sedekah.. tapi tak dak org nak mai sujud di atasnya.. datanglah.. sama ada di sural al-muttaqin ini.. atau surau al-falah seksyen5 atau surau as-salikin di seksyen3.. kami seru tuan-tuan sekalian.. hamba-hamba Allah sekalian.. marilah menyambut seruan ini..

mailah program yg surau anjurkan, solat jemaah nya dan program ilmunya.. minggu ni ada ceramah maulidur-rasul di surau al-falah oleh ustaz abdullah khairi.. esok (19/02/10) selepas maghrib.. minggu depan ceramah maulidur-rasul di surau as-salikin.. 26 feb (jumaat) oleh syiekh faisol khadi kubang pasu.. mai lah, pakat-pakat datang..

19 01 2010
Faisal

saya suka dgn topik, menghormati jiran itu tanda beriman.
5 tahun yang lalu….mmg ini yang saya nak terapkan dalm diri saya, dan saya berjaya, tetapi lama-kelamaan ,ianya berubah,,,,APA gunanya jiran ynag tidak bertegur sapa, apa gunanya jiran yang manis dibibir tetapi seribu muslihat disebalik kita.
Apa guna jiran yg senang mendekatkan diri,susah entah kemana.
apa gunanya jiran yg suka menipu, apa gunannya jiran yang mengumpat.
Semua ini mengajar saya denan lebih dekat mengenai JIRAN-JIRAN saya
Oleh yang demikian,,,pendekatan yang diambil ialah, turut serta bila perlu, bila tidak, mendiamkan diri,

22 05 2009
shamsurie

Saya berasa sangat bangga ada surau yg mempunyai website begini.
Sy letak link laman ni kat blog saya jugak. Alhamdulillah.
Tahniah!

22 05 2009
suraualmuttaqin

Jazakallahukhair.. terima kasih! mari kita sama-sama mengembeling usaha da’wah ini.. wslm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: