Maklumbalas

Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, bolehlah dihantar melalui email berikut:

suraualmuttaqin@gmail.com

atau melalui ruangan komen di bawah.

atau tulis ke alamat,

logo_surau_small

Surau Al-Muttaqin,
Persiaran Seksyen 6/1,
Bandar Putra Bertam,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

NOTA: Semua komen yang ditinggalkan melalui ruangan komen di bawah tidak disiarkan secara automatik. Komen tersebut akan berada dalam senarai komen menunggu utk diluluskan/tidak oleh pihak moderator.  Diharap pelayar berhemah semasa meninggalkan komen. Moderator mempunyai hak untuk tidak menyiarkan komen anda jika ia difikirkan tidak sesuai (bagi menjaga keharmonian & semangat silaturrahim). Harap Maklum.

46 responses

8 07 2011
hamba Allah

salam

Tadi baru saja saya selesai solat jumaat di surau ini.Surau ini semakin membangun ,Alhamdulillah.Di sini ada beberapa komen untuk pengetahuan pihak surau.
Tempat duduk jemaah belakang terlalu penuh dan sesak.Terlalu panas dengan bumbung itu dan tiada kipas langsung di belakang.
Sungguh kasihan saya lihat jemaah bermandikan peluh dan sembahyang mula tidak khusyuk.Ada juga jemaah yang kerja kilang ingin cepat tetapi kutbah dan surah jumaat agak panjang.

Harap pihak tuan fikir-fikirkan
terima kasih

11 03 2011
warga kilang

Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Allah swt kerana solat jumaat telah dapat diadakan di surau ini . ingin saya berkongsi pendapat ,
semasa solat Juamat, harap kanak2 yg bawah umuq dapat kita tempatkan di bahagian yg paling belakang dan dipantau oleh org dewasa.
ini kerana masa khatib baca khutbah , depa ni pun mola buat bising , ada saja kelaku yg depa nak tunjukkan , tambahan plak tak dak sapa2 nak teguq .
saya pi teguq 2 kali , depa diam lah sat, pastu pakat2 bising balik.
mungkin depa tak kenai saya.
tuan khatib terbaik, khutbahnya lantang tapi budak2 ni sama naik speaker depa pun. Saya perhatikan para2 jemaah memang terganggu nak dengaq khutbah.
harap2 perkongsian pendapat saya dipertimbangkan .
yang lain .. thumb up ..

thumb up

31 12 2010
jiran prihatin

salam.,saya ada permintaan…harap ajk muslimah menjaga tatasusila n tingkah laku dlm masyarakat….supaya menjadi cth kpd msyrakat muslimah yg lain..yg bertelingkah 2,carilah jln pnyelesaian.kitalah yg jd cth kpd anak2 kita. sedarlah,hebatnya kita tak kemana.marilah kita bersatu…Jgnlah pula yg brilmu tak bramal dgn ilmu, yg bramal pula, bramal tanpa ilmu… sekian trima kasih

8 09 2010
faisal

Assalamualikum semua warga Bandar putra Bertam.
Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA pada semua.
Maaf , Zahir dr saya.

17 08 2010
panglima

saya cadangkan kepada pihak surau al muttaqin bdr putra bertam,supaya adakan ceramah perdana oleh ustaz ahmad al-juniadin mengenai isu bab akidah dan bab perubatan cara islam.

19 08 2010
suraualmuttaqin

salam. terima kasih atas cadangan. isnyaAllah kita akan sambung penganjuran program ceramah perdana selepas hari raya nanti. sila berhubung dgn ajk untuk memaklumkan maklumat lanjut ttg ustaz Ahmad Al-Junaidi.

12 08 2010
rakyat

salam buat warga surau Al mutaqqin.
Di sini saya ingin membuat sedekit aduan mengenai segelintir ajk yang memeriksa speaker surau.
Saya nasihatkan agar pemeriksaan speaker dilakukan pada atau dari jam 5.00 petang hingga kewaktu maghrib, sebab waktu itu semua penduduk akan dan melakukan aktiviti .
Ini adalah kerana, pemeriksaan sering kali dijalankan pada sebelah pagi pada hari penduduk bercuti dan kekadang itu dibuat sebelah waktu malam selewat jam 10 dan 11 malam, Waktu ini adalah waktu untuk penduduk berehat dan dengan gangguan “CUBAAN 1,2,3 atau TEST-TEST yang kuat membuat penduduk tidak selesa.
Ditambah pulak, apa yang dibincangkan didalam surau , boleh didengari oleh penduduk.Agak memalukan juga sebab AJK surau sendiri kekadang tidak menapis perbualan mereka.
Saya harap perkara ini tidak berulang dan sekiranya ingin membuat percubaan speaker itu carilah waktu yang sesuai.

18 08 2010
suraualmuttaqin

Salam buat sdr rakyat.

Bagi pihak AJK surau kami memohon kemaafan di atas ketidakeselaan pihak tuan dan penduduk. Baru-baru ini sistem pembesar suara mengalami masalah & oleh kerana ramadhan semakin hampir tempoh hari dan technician tersebut hanya lapang pada waktu berkenaan terpaksa kami lakukan ketika itu. Harap maaf atas kesulitan. Terima kasih atas maklum balas.

28 08 2010
sajap maswan

Ini dah macam gambar P Ramli. Cubaan-Cubaan……..

Maaf kerana mungkin kurang perihatin sebelum ni. Terima kasih kepada pencadang. harap dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Harap perkara seperti ini juga perlu difikirkan oleh jk surau bagi keselesaan ahli kariah kita. Jadikan surau kita mesra pengguna dan sebagai pusat pertemuan masyarakat yang paling aman dan damai.

13 07 2010
Faisal

Salam Mrs Nor :
Kalau barangan tu masih ada lagi,,,bagus juga disimpan,sebab saya pun nak buat program amal ke rumah anak-anak yatim atau OKU .Bolehla kita bagi pada pengetua untuk diagihkan…

23 06 2010
mrs nor

Salam,

Saya cadangkan pihak pengurusan surau buat satu program – kutipan apa saja barang – pakaian terpakai misalnya untuk di dermakan pada fakir miskin.

Saya terfikir pasla ni sebab hari tu kemas store, terlalu byk pakaian yg tak boleh pakai (tak muat dah, tp keadaan masih elok), dan tak tahu nak bagi kat sapa. Baju anak-anak pun masih elok lagi… ada yg saya buang saja.. lepas tu terfikir alangkah eloknya kalau diberi pada yg memerlukan…

Tak semestinya pakaian.. benda lain pun ok.. mainan utk anak-anak yatim/miskin.. apa saja yg berguna untuk kehidupan mereka… buat banner besar2 dan sediakan ruang untuk sesapa saja menderma di kawasan surau…

Nak kutip duit pun boleh. Sekian…

26 06 2010
suraualmuttaqin

W/salam.. InsyaAllah.. tapi sebenarnya kita pernah buat. Cumanya pakaian yg disedekahkan banyak yang sangat lusuh. End up surau jadi store pakaian terpakai takde tempat nak simpan. InsyaAllah Ramadhan nanti kita buat program ziarah rumah orang miskin dan anak yatim insyaAllah mereka ni sgt memerlukan sumbangan. Tuan/puan boleh turut serta dan bagi sendiri kepada mereka yang sesuai. InsyaAllah.

18 05 2010
Hamba Allah

Assalamualaikum,
Di harap pihak2 yang berkenaan dapat mengupload video2 kuliah perdana yg telah dijalankan. COntoh terbaru, kuliah perdana Dr Asri… daripada kita menyimpan sebagai koleksi peribadi baik dipanjangkan video ni kepada rakan2 kita yang lain samada setempat atau diluar qaryah kita… moga dapat pertimbangan.

20 05 2010
suraualmuttaqin

Wa Alaikum Salam Wa Rahmatullah,
Terima kasih di atas maklumbalas tuan. Perkara tersebut memang menjadi harapan kami. Bukan masalah koleksi peribadi atau tidak, tetapi kami memerlukan masa untuk melakukan itu semua. Process editing (temasuk transfer ke PC/cutting/uploading dan lain-lain). Jika pihak tuan atau mana-mana pihak yg tuan rasa ada pengetahuan dalam hal ini dan volunteer untuk melakukan kerja-kerja ini, sila maklumkan kepada kami. Sumbangan tuan sangat kami hargai.

28 04 2010
Faisal

Salam buat semua pembaca :
inginkah kediaman kita dilindungi selain dari KRT, SRS ??

iaitu penubuhan BOMBA SUKARELA di taman kita dan merangkumi seluruh BANDAR PUTRA BERTAM .untuk permulaan.

Juga mendapat ahli untuk menyertai pertubuhan beruniform iaitu RELA kawasan Kepala Batas .

Sesiapa berminat ??

Jika ya adalah jawapan anda, sila hubungi saya.04-3898223

28 04 2010
Faisal

Salam buat Sarah Pelik:
Nak tak CD konvoi sokmo tu…masih ada 2 cd pada saya….

kalau berminat turut dalam program akan datang iaitu Program amal ke rumah anak OKU , anak Yatim dan orang tua, boleh la hubungi saya..) 04-3898223

Program ujung tahun,,,insyaalah sekiranya mendapat kelulusan , ialah program jelajah Melaka

kalau berminat sila talipon di nombor di atas

28 04 2010
Faisal

Salam buat semua pembaca :
Julung sekali terima kasih kepada saudara Amin atas komen yang ditujukan pada saya.

Ucapan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tempoh hari.

Ucapan terimkasih juga pada semua jabatan yang mengambil bahagian.

Saudara Amin :

Sila rujuk pada mail saya yang terkini.
terkandung idea dan program akan datang.

Saudara menulis :
Tak perlulah zaman belum dapat kelulusan itu yang saudara isukan. Namun hasilnya tak nampak apa-apa pun jika tidak ada kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Fikir-fikirkanlah…..

Kekadang tu kita harus juga flash back …
tanpa flash back, itu, kita mungkin tidak menikmati apa yang kita ada sekarang.
so fikir-fikirkan juga sama.

21 04 2010
Faisal

Assalamualaikum..
Pertama sekali terima kasih kepada Sarah Pelik atas sokongan anda.
Saya telah pun berikan satu CD, kepada Pengerusi Biro Riadah Tuan Haji Hamid,,,yang menayangan semua perjalanan konvoi dari hari pertama hingga pulang.Sekiranya anda berminat, saya masih mempunyai lagi.

Kedua,kepada pengurusan Surau al mutaqqin:
Mengenai surat kepada pihak HUNZA,,,pada saya ini adalah perkara kecil dan MISUNDERSTANDING.
Seperti yang telah dibincangkan dengan PENGERUSI BIRO RIADAH, saya akan buat kerja tanpa ada penangguhan dan pengerusi Biro Riadah sedia maklum akan hal ini ( permohonan daripada pihak HUNZA)dan mengenai letter head, saya telah bertanya beberapa kali kepada cikgu dan Biro Riadah tetapi gagal untuk diberikan pada saya dan oleh kerana masa adalah suntuk, saya mengunakan letter head yang mempunyai logo surau untuk kerja saya.

Jangan risau, semua kerja saya adalah melalui protokool dan tidak akan mengunakan nama sesuatu pertubuhan maupun individu sewenang-wenangnya tanpa persetujuan .

Diakhirnya,,,pergi manghadap mereka,Saya suka ini Mungin saudara tidak tahu apa yang mereka telah lakukan pada saya tetapi saya tidak mahu ungkitkan perkara ini.Cuma orang lama yang tahu.
Bukan senang untuk melakukan kerja baik.

Saya ibratkan sebeginila:
Bila susah datang mencari
tidak mengira waktu dan masa
Bila senang semua menghilang diri
tanpa mengenag jasa.

Walau bagaimana pun.saya mengucapkan ribuan terima kasih kepda pihak Surau , khususnya BIRO RIADAH kerana membenarkan saya menjalankan aktiviti KONVOI SOKMO atas nama surau.

Untuk berkongsi, Konvoi seterusnya adalah KONVOI AMAL ke rumah RTAR di Perak yang mana rumah ini mempunyai seramai 60 penduduk ( Orang tua, orang terbiar, OKU, anak yatim ) RTAR ialah badan NGO.
Seterusnya ialah program konvoi Jelajah Malaysia dan akiviti tahun ini diakhiri dengan KONVOI MELAKA,

Maka sesiapa yng berminat antara salah satu daripada activiti di atas bolehlah hubungi saya .

Pemberian pakaian lama juga dialu-alukan.

26 04 2010
amin

Diharap pihak tuan tolong siarkan komen saya ini untuk makluman sebenar….
Assalamualaikum buat semua pembaca,
Saya terbaca email yang saudara Faisal titipkan di laman web Surau Al-Mutaqqim. Dari apa yang saudara tulis seolah-olah saudara ingin meraih perhatian penduduk Putra Bertam kerana ketidakpuasan hati saudara berkaitan sumbangan yang pernah saudara lakukan pada Surau, RT & MNO (merujuk email saudara).

Sedangkan selama ini adakah saudara meluangkan masa bersama-sama mereka berkerjasama dalam menjalankan aktiviti (spt. aktiviti Surau, RT, rondaan SRS, dan……). Sepatutnya saudara memberi buah fikiran atau cadangan yang membina kepada mereka bukannya mengkritik tanpa asas (tanpa saudara sedari jika ia tidak betul akan menjadi fitnah nauzubillah……..). Tak perlulah zaman belum dapat kelulusan itu yang saudara isukan. Namun hasilnya tak nampak apa-apa pun jika tidak ada kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Fikir-fikirkanlah…..

Saudara, jika mahu kita dihormati, dikasihi oleh sesiapa saja, dikenang jasa dengan apa yang telah lakukan, mempunyai ramai kawan, ketua yang disayangi dan sebagainya seharusnya perbaikilah diri sendiri buangkan sifat hasat dengki, ungkit-mengungkit, sombong, bermegah diri dan cubalah bersihkan hati. Insyaallah, Allah S.W.T akan memberkatinya.

Di sini saya ingin menyelitkan 7 golongan yang mendapat naungan disisi Allah S.W.T di akhirat…..(dari kuliah agama yang pernah saya dengar)salah satu daripadanya adalah lelaki yang bersedekah sehingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanan. Cuba saudara mencari maksud hadis tersebut. Kita hanyalah hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini. Segala apa yang kita lakukan hendaklah ikhlas kerana allah dan tak perlu kita mengungkit-ungkit untuk pengetahuan orang ramai apa yang kita pernah lakukan kebaikan samada sumbangan wang ringgit, buah fikiran, tenaga dan sebagainya. Biarlah apa sahaja yang kita lakukan kerana Allah S.W.T dan hanya Allah yang membalasnya….. waallahhualam…..

Saya mencucapkan ribuan terima kasih pada Pengerusi Surau, Dr Roslan dan AJK Surau kerana pada ketika dahulu Surau Al-Mutaqqim tidak ada apa2 aktiviti yang manfaat dianjurkan tetapi selepas Dr Roslan dan semua AJK bersama-sama membanggunkan aktiviti Surau ini, alhamdulilah…… kekosongan masa penduduk dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Tahniah dari saya kepada Dr. Roslan dan semua AJK Surau Al-Mutaqqim ….. hanya allah yang membalasnya ….. waallahhualam…..

Sesuatu yang baik itu dari allah & yang buruk itu datang dari kelemahan diri kita sendiri….

Siapalah kita untuk membangakan diri di dunia ini sebaliknya Allah S.W.T yang maha mengetahui segala-galanya…….. ….. waallahhualam…..

*** Renungan tazkirah
Kebersihan hati kunci membuka pintu syurga dalam ibadat, kehidupan.

27 03 2010
Faisal

Salam buat semua pembaca .
Di sini saya sebagai pengelola Konvoi SOKMO 2010 mengucapkan jutaan terima kasih pada Pengerusi Surau, Dr Roslan, dan Haji Hamid keran membernarkan saya menguinakan nama Surau dan sekali gus sebagai sebahagian daripada aktiviti riadah anjuran biro riadah yang dipengerusiakn poleh Haji Hamid.
Program konvoi sokmo disertai oleh 13 buah kereta pelbagai model dengan jumalh seramai 69 peserta.
Sokongan daripada Kerjaaan negeri Kelantan dan Terengganu amat dihargai juga.

Ini adalah merupakan progam riadah yang baik dan bermanafaat bagi semua lapisan umur.dan satu aktiviti yang sihat.

Cuma malangnya terdengat beberapa insan yang menyoalkan kepada pihak yang lain mengenai gerak kerja saya( terutamanya mengenai permohonan sumbanagan daripada pihak HUNZA ) .Di sini dsaya ingin memberitahu pada insan tersebut,
Marilah berbincang daripada mengata di belakang. Bukan kah itu yang diseru selalu.??
Untuk pengetahun insan tersebut juga,Ketahuila,,,
mungkin anada buka daripada golongan yang open minded atau yg tau mengenai event Management
mungin anda tidak tau siapa saya,

Saya adalah pengasas kepada Rukun Tetanggaa Sekseyen 6…..
Saya juga adalah orag yang ,mencari jalan mendapatkan kunci , air dan elektrik bagi surau al-mutaqqin, sebagai Pengerusi untuk semua pertubuhan ,,,dan melepaskan kepada mereka yang boleh meneruskan
Saya juga adalah orang yg mendapatkan dewan seksyen 6
Saya juga adalah org yang bertanggungjawab kepada pembukaan UMNO cawanagan seksyen 6

Banayak aktivi zaman saya ( zaman belum dapat kelulusan ) tapi sekarang apa sudah jadi ,,,RT dgn MNO ada dana tapi tak nakmapk aktiviti,,sebab itu say sendiri membaut program konvoi ini.
INI USAHA saya dengan izin ALLAH.

Walau bagaimana pun itu adalah asam garam dalam kehidupan saya,

2 04 2010
Sarah Pelik

Tahniah’ kepada saudara faisal dan team kerana telah berjaya mengendalikan program tersebut dengan baik. Rasanya tak menjadi masalah untuk menggunakan nama surau Al-Muttaqin kerana kalau boleh kita nak mempelbagaikan aktiviti surau kita. Elok juga kalau dikongsi pengalaman sepanjang konvoi tersebut bersama-sama ahli jamaah yang lain.

5 04 2010
suraualmuttaqin

Salam..
Sdr Faisal,

1. Warga Surau Al-Muttaqin mengucapkan tahniah & syabas di atas kejayaan konvoi saudara & rakan-rakan yang lain. Semoga perjalan tersebut mendapat manfaat & diredhai Allah Jalla wa A’la. Pihak surau mengalu-alukan aktiviti ini & diharap program yang baik seperti ini dapat diteruskan lagi. Pihak surau amat berbesar hati utk mana-mana ahli qaryah untuk menggunakan nama surau untuk tujuan yang baik & sesuai.

2. Pihak surau juga menghargai sumbangan-sumbangan yang telah saudara lakukan dulu, kini atau yang akan datang. Semoga Allah memberi ganjaran pahala di atas usaha-usaha murni tersebut. Pihak surau juga tiada masalah atau mempersoalkan gerak kerja saudara.

3. Pihak surau tidak pula menyedari adanya kata-kata belakang tentang aktiviti saudara, namun memang pihak surau ADA membincangkan tentang surat yang saudara hantar kepada Hunza di dalam mesyuarat AJK – Ini bukan kata belakang, ini adalah perkara yg dibangkitkan. AJK tidak perlu berjumpa saudara hanya untuk membincangkan hal ini di dalam mesyuarat.

4. Isunya bukan menggunakan nama surau, tetapi AJK cuma membangkitkan tentang cara surat tersebut dihantar.
a. Surat tidak menggunakan ‘kepala surat’ rasmi Surau Al-Muttaqin menyebabkan kekeliruan di pihak HUNZA.
b. Pihak yang sepatutnya mengetahui tentang segala surat rasmi di atas nama surau tidak dimaklumkan, termasuk Pengerusi pada ketika itu juga seakan tidak mengetahuinya (namun dimaklumkan selepas itu).
c. Pihak surau juga menghantar surat mempunyai tujuan yang seakan sama pada hari yang sama (petang, surat saudara dihantar pagi) menyebabkan pihak HUNZA menjadi keliru.
d. Pihak AJK membangkitkan hal ini supaya di masa depan semua surat-menyurat di atas nama surau hendaklah melalui setiausaha/pengerusi, dan ditandatangani oleh salah seorang dari mereka.
e. Ini bagi mengelakkan pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan menggunakan nama surau. (kerana ini boleh menyebabkan nama surau tercalar jika ada pihak mengunakan nama surau atas tujuan peribadi). Juga supaya tidak berlaku pertembungan.
f. Diharap saudara memahami keadaan ini dan tidak perlu membesarkannya di sini dan memberitahu kepada semua seolah ada pihak menghalang gerak kerja saudara.

5. Pihak surau juga sangat-sangat berbesar-hati sekiranya kekecewaan/maklumbalas saudara tentang organisasi masyarakat yang ada di sini sebolehnya dapat di-channel-kan terus kepada organisasi terbabit. Itu lebih baik, mungkin saudara tidak mengetahui akan aktiviti mereka menyebabkan saudara terus mengatakan mereka tidak berbuat apa-apa. Pergi berjumpa mereka atau saudara mengharapkan mereka yang mengadap saudara?

27 03 2010
Cikgu

assalamualaikum

Takziah buat Encik fadzli (5/10) sekeluarga atas pemergian isteri tersayang.

12 02 2010
hamba Allah

salam…

saya mintak pihak surau bagi nama dan no telefon/email semua AJK dalam blog ini
untuk memudahkan segala urusan.

t/kasih

18 02 2010
suraualmuttaqin

wa alaikum salam wa rahmatullah,

hamba Allah,

insyaAllah, kami akan update maklumat berkenaan di laman web surau. Untuk pengetahuan tuan, kami dalam proses perpindahan domain surau dari wordpress ke domain sendiri (suraualmuttaqin.net). Untuk pengetahuan tuan hamba Allah jg, hanya sebilangan kecil AJK yg mempuyai access di internet. Jadi tidak semua mereka ada email. Tapi untuk no telefon AJK, anda boleh jg rujuk di papan kenyataan surau (ada senarai telefon).. jadi jgn segan-segan “mai singgah di surau.. kita solat jemaah bersama”

23 01 2010
muhamad

salam

Saya penduduk Putera Bertam fasa 1.Saya merasa amat kesal dengan penduduk
di sekitar kawasan ini yang sombong-sombong dan pentingkan diri mereka.
Ada sebilangan besar yang sibuk bekerja sehinggakan tidak mengenali jiran masing-masing.Keadaan ini amat tidak sesuai kerana sebahagian besar penduduk di sini beragama islam.Saya juga rasa kesal kerana telah membeli rumah di sini kerana semangat kejiranan tiada.Saya pernah tinggal di tempat lain dan saya pernah bertanya rakan-rakan di taman lain ,mereka mengatakan kejiranan di taman mereka begitu kuat terutamanya dalam menangani apa-apa keadaan terutamanya kecurian.
Saya minta pihak surau lebih aktif untuk mewujudkan komuniti masyarakat yang pentingkan semangat kejiranan contohnya melantik ajk lorong.

sekian,terima kasih

muhamad
fasa 1,tmn putera bertam

18 02 2010
suraualmuttaqin

W/salam wrh wth,

akhi muhamad foyutusi,

pihak surau al-muttaqin bersimpati di atas kekesalan tuan mengenai perihal kejiranan di sekeliling tuan juga kekesalan tuan kerana telah mengeluarkan duit membeli rumah di kawasan ini. tuan, kalau tuan berasa demikian dah terus menerus berada dalam kekesalan, kami tidak dapat membantu. tapi kalau tuan rasa mahukan suatu tindakan diambil untuk memperbaiki apa yang tuan keluh-kesahkan di atas, insyaAllah tindakan itu sebenarnya perlu bermula dari diri tuan sendiri..

kami tanpa rasa jemu menjemput tuan dan kepada semua yang memberi maklum balas tentang masalah kejiranan ini datang bersama-sama kami, sebaris dengan kami, bahu bertemu bahu & bersama sujud kehadrat Allah Jalla wa A’la.. Tuhan semesta alam.. di sini di surau ini.. atau di mana-mana surau di dalam taman ini.. kalau tuan berkata “Ada sebilangan besar yang sibuk bekerja sehinggakan tidak mengenali jiran masing-masing.Keadaan ini amat tidak sesuai kerana sebahagian besar penduduk di sini beragama islam.” kita kata, adalah lebih tidak sesuai ramai sungguh penduduk yang beragama islam namun surau dibiarkan sepi tanpa tetamunya.. majlis ilmu dipenuhi tiang surau lebih ramai dari orang.. jadi mainkan peranan kita.. kita mulakan dengan diri kita.. lepas tu nanti kita jemput tetangga kita.. sesungguhnya beban dakwah itu tertanggung di atas setiap umat islam bukan kat pengerusi surau atau ajk surau aje..

foyutono, surau al-muttaqin memang mempunyai wakil lorong (ajk lorong) tp wakil lorong ini meliputi seksyen6 dan seksyen 3(tambahan/fasa2) sahaja.. surau ada ajk dari seksyen5 (fasa2) namun kita memang for sure tiada wakil di seksyen3 (fasa 1), sbb fasa 1 ada suraunya iaitu sahabat kita dari Surau As-Salikin.. kami percaya mereka ada wakil/ajk lorong juga, mungkin tuan aje tak perasan.. silalah visit mereka di surau as-salikin & bertanyakan mereka sendiri..

27 03 2010
Cikgu

saya setuju tu. harapnya masing2 menyedari kepentingan hidup bersama. Kita hidup dalam masyarakat yg memikirkan apa masyarakat boleh beri..tapi agak kurang memikirkan apa yg kita boleh beri pada masyaakat. nasihat utk diri saya jgk..
wassalam

30 03 2010
sajap maswan

Assalamualaikum,

Bagi saya yang baru setahun tinggal di bandar putra bertam ni rasanya tempat ni amat baik sama ada dari segi fizikalnya yang tenang dan damai serta masyarakatnya ramai yang beragama islam. kedai-kedainya kebanyakkan dimiliki oleh orang islam sama ada di putra bertam, bertam perdana atau di kepala batas.

Kawasannya tidak berserabut. ….

Kelas pengajian juga banyak sama ada di surau-surau seperti al-falah, al-muttaqin, atau masjid al-taqwa.

Masalah kecurian dan pecah rumah rasanya itu masalah nasional. semua tempat berlaku. Walau bagaimanapun kita perlu fikirkan untuk mengawalnya.

Kami KRT di seksyen 5, contohnya telah membuat jadual rondaan dan dapat berjalan walaupun penyertaan penduduk masih rendah. sejak diadakan rondaan malam alhamdulillah masalah pecah rumah telah tidak dilaporkan lagi.

Kita faham ramai yang tidak dapat turun membuat rondaan kerana masing-masing berkerja dan selalu berada di luar kawasan. Jadi kita telah cadangkan supaya memberikan sedikit sumbangan (RM 15 sebulan) supaya kita boleh membayar pihak luar (Pengawal tetap) membuat rondaan secara tetap, terutama pada waktu malam.

Kesimpulannya masalah kejiranan akan dapat kita atasi jika kita dapat meluangkan sedikit masa untuk;

Sama-sama bersolat berjamaah di surau-surau dan menyokong aktiviti yang dicadangkan oleh KRT dan sebagainya.

19 10 2009
zamri

Salam,

Terima kasih kerana membuat pautan kepada http://www.darulkautsar.com. Web ini sudah ditukar kepada http://www.darulkautsar.net…Kami amat berbesar hati sekiranya pihak suraualmuttaqin meminda alamat pautan kepada http://www.darulkautsar.net. Semoga Allah merahmati kita semua. Ameen.

Wslm

19 07 2009
dibumisakura

assalamualaikum..
saya mengucapkan tahniah kepada warga surau al-muttaqin dengan penghasilan blog ini
secara jujurnya, saya kagum dengan usaha yang dilakukan oleh pihak surau ini
kerana aktiviti serta blog yang dijalankan ini membuatkan saya berasa dekat dan merasakan betapa mesranya masjid atau surau kepada penduduk berdekatan
ini kerana mungkin perspektif saya suatu ketika dahulu yang hanya menganggap masjid atau surau di’jajah’ oleh warga emas atau golongan pencen sahaja
jadi sekali lagi saya mengucapkan tahniah atas usaha yang dijalankan serta saya berharap pihak tuan dapat meneruskan lagi usaha yang murni ini dalam mengajak umat Islam kembali kepada Islam..insyaAllah
disini saya ingin memberikan sedikit cadangan untuk pihak tuan agar dapat membawa peranan masjid atau surau lebih dekat kepada masyarakat
http://saifulislam.com/?p=5855
sekian..terima kasih

15 07 2009
Rahim

Assalamualaikum…tahniah diucapkan diatas laman web yang sangat menarik ini. Semoga kita semua dapat manafaat daripadanya.

10 07 2009
Cikgu

Ooooooo……ramai rupanya yg layari blog ni…..alhamdulillah…..Bagus program malam ni ye!….kena bawa budak p program sekolah pulak…Insyaallah tengok rakaman nanti.
Terima kasih jugaka respon saya.

6 07 2009
Cikgu

Alhamdulillah………
Ada juga orang nak jadikan blog ni tempat berbincang. Saya selalu jugak buka blog tapi sepi je….
Isu tentang orang surau tu pada saya tak timbul…..sape p surau orang surau la. Dan di harap ramai lagi jemaah di surau.
Tentang jaga tepi kain tu……patut jaga tepi kain….Tu yg p buat teguran kat ACMS tu…….sampai serba salah pulak selalu mengganggu warden mereka En. Masri. Benarlah kena tegur semua…dan kerana itu, alangkah baik dan bagusnya jika semua saling bekerjasama amalkan nahi mungkar…..
Tentang pelajar ACMS tu……saya sangat teruja dan mengucapkan TAHNIAH kerana buat program orientasi tu yang merupakan peluang mendedahkan mereka tentang banyak perkara apabila hidup dalam persekitaran begini. Yang lebih penting……jumlah 2% pelajar ACMS jemaah ke surau menurut wardennya akan meningkat pada masa akan datang.
Tentang menjaga tepi kain orang lagi……..beberapa orang dari taman ini dengan suka rela menjalankan rondaan mencegah pasangan bercinta memadu asmara…..pukul 12.00pm ke atas. Pada satu malam 5 couple telah diberi ingatan dan diminta beredar…Tahniah dan terima kasih kepada mereka yg berkenaan.
Harap pengerusi ada tips pendekatan hikmah dalam perkara ni. Bukan apa,,kadangkala emosi kedepan bila kepentingan diri didulukan.
Wassalam

9 07 2009
suraualmuttaqin

Salam Cikgu, terima kasih kerena sudi terus menjenguk ke weblog ini. Alhamdulillah, weblog ini sebenarnya tidaklah sepi sangat. Dari segi statistik, average 20 unique visitors datang menjenguk setiap hari.. alhamdulillah.. cumanya mereka yang datang ni amat jarang meninggalkan komen.. ada yang datang adalah orang tempatan (bertam/kepala batas) berdasarkan IP mereka.. kalau ada harinya kadangkala mencecah 40-60 orang pengunjung (unique IP).. terima kasih di atas sokongan anda.. dan pihak surau amat berharap penduduk akan memanfaatkan surau kita untuk sama-sama datang solat berjemaah di surau dan membina ukhuwah sesama kita.. dan turut serta dalam aktiviti yang kita jalankan.. dan sebarang maklumbalas & pandangan amat-amat dialukan.. ****weblog-admin****

5 06 2009
kariah sepi

Assalamuaikum semua … bagus jugak kalau kebolehan IT dipraktikkan ke arah yang lebih islamic…. Actually untuk pengetahuan AJK semua, dalam kariah kita ada ramai penduduk yang majoritinya Islam malahan ada yang berniat untuk turut serta dalam komuniti surau .. TAPI malangnya …. terdapat sedikit perbezaan pendapat sesama kita ( lebih lebih lagi masa PRU dulu ) mengakibatkan ramai yang memandang negatif kepada ‘orang surau’… keadaan ini diburukkan dengan orang RT kita yang lebih bersifat kepoh dan kecoh … Saya lebih suka agar komuniti surau ( samada dalam BN @ BA ) bersatu dan membentuk pendekatan yang lebih istiqamah dan mesra penduduk dan tahniah kepada saudara kita yang telah mengambil tindakan berani untuk menegur pelajar -pelajar ACMS dan diharapkan tindakan itu berterusan untuk sebarang benda- benda ‘negatif’ dalam komuniti putra bertam kita. Satu soalan saya kepada kaum muslimin kita ( para suami ) yang ada di kawasan kita.. Adakah anda melihat keadaan keluarga anda sendiri ..?? Tiap tiap tengahari atau petang ( terutama bagi surirumah ), pasti ada sahaja malahan hampir setiap lorong… isteri – isteri anda akan bertenggek di sana – sini berpelesaran mengumpat dan cakap – cakap kosong yang boleh mengundang ‘dosa’ !!! … Menjaga tepi kain orang tidak salah , tapi janganlah sampai tahap membuat dosa kering … Tindak tandukmengalahkan budak – budak muda yang melepak… Diharapkan para imam, bilal dan muslimin kita, dapat memandang serius akan perkara ini … kalau tak mahupun tak apa .. Asalkan kalau hendak ‘ memandang ‘ … pandanglah ke semua tempat .. jangan tinggalkan satu tempatpun … Sekian, wassalam

8 06 2009
suraualmuttaqin

Wa Alaikum As-Salam Wa Rahmatullah. Terima kasih di atas maklumbalas anda dan kami amat menghargainya. Kami yang dilabel sebagai ‘orang surau’ yang dipandang negatif oleh sesetengah manusia ini menjemput saudara semua datang untuk menunaikan solat berjemaah di surau. AJK bukan ‘tuan punya’ surau, AJK cuma diamanahkan untuk uruskan surau untuk jangkamasa tertentu yang pastinya kami akan secara sukarela, anytime untuk melepaskan amanah ini kepada sesiapa yang mahu meneruskan amanah ini. Saya (web-admin) tidak pasti pulak adanya cop di dahi ‘orang surau’ ini dengan lambang parti politik tertentu disaat mereka melakukan amanah sbg AJK. Tidak nampak lambang tersebut semasa mereka menyuci kolah, atau meng’vacum’ carpet atau semasa melaungkan azan atau semasa menjadi imam atau semasa merancang aktiviti. Namun jika AJK tertentu cenderong kepada parti-politik tertentu, pastinya itu atas kapasiti individu dan bualbicara/sembang mereka bukanlah suara rasmi surau. Kami dapati ramai AJK tidak berparti dan memang ada yg memakai warna tertentu, tapi warnanya perbagai.. dan bermacam. Tapi alhamdulillah, saya nampak AJK cuba sedaya upaya BERSAMA untuk ‘membangun’kan surau sebaik mungkin dan mengimarahkkan dengan aktiviti & program walaupon adanya perbezaan ideologi politik sesama AJK. PRU telah lama berlalu, biarkan ia berlalu. Berbeza pendapat perkara biasa.. tapi sedikit, kalau nak dicari dan dihighligt perbezaan memang boleh! TETAPI betapa banyaknya persamaan dan persamaan yang paling UTAMA ialah persamaan AQIDAH! apakah itu tidak cukup kuat untuk ahli kariah yang anda kata “telah berniat untuk bersama komuniti surau” datang menunaikan solat waktu berjamaah yang fardu itu. Kami dengan rasa rendah diri menjemput seluruh warga Seksyen 6, Bandar Putra Bertam Kepala Batas untuk datang ke Surau Al-Muttaqin, surau kariah anda untuk sama-sama berjamaah di sini. Marilah kita datang ke surau dan bersama dalam mengimarahkannya dan mengajak jiran tetangga dan rakan taulan kita untuk bersama dalam menyahut seruan azan yang dilaungkan untuk datang solat berjemaah di surau. Dan inshaAllah kita baiki dari masa ke semasa diri kita, keluarga kita, masyarakat kita agar dosa-dosa yang anda nyatakan agar tidak lagi dilakukan. Slogan saya “kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua”. Kalau tak setuju semua dan jgn pulak terus tinggalkan surau. Tetang RT, tiada komen kerana RT adalah organisasi lain yang kami bukan daripadanya. Mohon maaf sekiranya kata-kata di atas tidak enak dibaca. Saya menulis di atas bukan atas kapasiti AJK, tapi atas kapasiti individu – webadmin.

26 05 2009
cikgu

Assalamualaikum

Pada 26/5/2009- saya telah ke pejabat pelajar acms di Putra Villa. Saya ke sana gara-gara tidak tahan lagi dengan kerenah pelajar acms yang pelbagai. antaranya:

1. Membuat bising hingga lewat malam ke pukul 2,3 pagi
2. Pelajar perempuan panjat dan duduk di atas tembok aras 1 dengan aksi dan pakaian yg tidak sopan sambil menyanyi/ menjerit sekuat hati
3. Pelajar aras 1menjadikan bumbung aras satu sebagai tempat melepak tanpa menghiraukan pendudk berdekatan serta keselamatan diri.
4. Bercumbu-cumbuan di restoran2 berhampiran,di jalan menuju kediaman
5. berdating berdekatan pondok jaga ( depan surau Muttaqin)

Saya ke sana dengan bukti, berupa gambar dan rakaman video, dan alhamdulillah saya berpeluang berjumpa dengan warden pelajar acms, iaitu Encik Masri yg mengalu-ngalu sebarang aduan drp penduduk setempat.

Apa yang hendak disampaikan di sini adalah, Encik Masri amat berharap masyarakat setempat membuat aduan dan teguran terhadap masalah yang ditimbulkan oleh pelajar acms. No. h/p Encik Masri 0174129994.

Bersamalah kita mencegah kemungkaran. Wassalam

28 05 2009
suraualmuttaqin

Wa Alaikum Salam Wa Rahmatullah,

Tahniah di atas tindakan proaktif anda dan terima kasih di atas maklum balas.

Wassalam.

21 05 2009
omaQ

salam ziarah

21 05 2009
suraualmuttaqin

wa alaik. selamat datang!

4 05 2009
musafir

Assalamu’alaikumwbt..
Tahniah kpd qariah surau almutttaqin..Walaupun tinggal kt Bdr Putra Bertam, ana x tau pun qariah surau dah ada blog/web sendiri..Harapnya inshaAllah bila ana balik penang cuti nanti boleh join program2 nanti..

http://www.ehsanvictoria.blogspot.com

7 05 2009
suraualmuttaqin

Wa Alaikum Salam Wa Rahmatuallah,
Kami menanti kepulangan enta utk turut memberi sumbangan kpd surau kita & menyemarakkan lagi usaha da’wah ini.. insyaAllah..🙂

31 03 2009
hamba allah

syabas dengan terbinanya website dari pihak ajk surau almutaqqin.saya berharap pihak tuan dapat memuatkan panduan solat fardu dan solat sunat serta doa-doa untuk kepentingan semua termasuk saudara-saudara baru kita yang cuba berjinak-jinak dengan islam dan kaum muslimin dan muslimat yang kadang-kadang malu bertanya terutamanya panduan solat-solat fardu dan solat-solat sunat.jikalau boleh pihak tuan dapat menbuat satu ruang untuk panduan solat dan doa-doa.

31 03 2009
suraualmuttaqin

Salam. Jazakallahu khairan jaza’ kepada tuan yang memberi maklumbalas. Setinggi² terima kasih kerana sudi menjenguk weblog surau al-muttaqin yang baru terbina ini. Dan pihak kami amat menghargai cadangan tuan. InshaAllah, kami akan usahakan dari masa ke semasa perkara/cadangan tuan itu, beri kami sedikit masa untuk mengumpulkan maklumat² berkenaan. Jenguklah kami lagi dan berilah malumbalas agar weblog ini memberi manfaat kepada pengunjung².

13 03 2009
suraualmuttaqin

Anda juga boleh manghantar maklum-balas di ruangan komen!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: